TEMPAT YANG MENARIK DI LOMBOK

“LOMBOK I LOVE YOU”

Kalau yang jenis layan lagu irama reggae, mesti tahu lagu ni, tapi tujuan aku bukan untuk bagi lirik atau link untuk download lagu dorang tau. HAHA.

Sekadar untuk perkongsian semua yang selalu follow and baca blog MR NAIS ni,

Seperti yang kita tahu LOMBOK, INDONESIA merupakan satu destinasi  yang sering kita baca dalam surat khabar , blog yang HANGAT kes kes penculikan dan kes kes orang Malaysia terutama WANITA yang ikut jejaka LOMBOK ke sana dan tak balik balik. TAPI ITU ZAMAN DULU LAH.

TAPI!!!! Ceritanya baru aku tahu memang betul…fuhhh serammm…

JANGANLAH TAKUT SANGAT !! itu generasi zaman dulu tau, kini LOMBOK merupakan pusat pelancongan yang paling unggul.

Nanti tengok gambar gambar di bawah.

Day 1 : Perjalanan ke Lombok by Air Asia hanya mengambil masa 3 jam. Lombok terletaknya di sebelah Bali, merupakan Pulau Kecil tapii besar wehh penat giler jalan, tu pun tak habis ronda. Sampai je kt Aiport Lombok, korang kene lepas semua imigresen kat sana – KETIBAAN INTERNATIONAL.

Jangan lupa untuk isi Declaration Form semasa nak check bag di kastam ya. Satu borang untuk satu kumpulan sahaja, janganlah gigih nak isi semua orang ya.

Selesai Kastam, maka perjalanan diteruskan menggunakan KIJANG ( BUKAN BINATANG ) Avanza 5 seater. Lokasi pertama ialah singgah minum di Restoran di Grand Royal Hotel, merupakan hotel transit jaraknya hanya 5 minit sahaja di airport, Singgah solat Jumaat di sini.

  • Sasak Village Sukarare – kat sini korang boleh tengok cara orang tradisional Sasak buat tenunan, kat sini juga pelbagai kain tenunan yg bagus bagus boleh beli, tapi harganya mahal sikit lah.
  • Singgah makan di Restoran Nasi Ayam Tali Wang, merupakan makanan tradisional dan terkenal di Lombok, you guys should try this tau! Satu set sekitar 80 000 rupiah termasuk air kopi ais.
  • Shopping di PRADJE, sini design tshirt terbaru dan menarik weh, terutama t shirt lelaki , PASTIKAN korang beli t shirt Lelaki kat sini, barang barang kraf, wanita mahal kat sini.

 

  • Shopping di LOMBOK EXOTIC CENTRAL, sini barangnya sama je macam kedai kat atas ni, tapi design semua tak update dan key chain menarik di sini, RUGI TAU!

dav

Seterusnya layan sunset di Pantai belakang hotel Jayakarta, cantik giler view pantai dan sunset kat sini, KORANG BOLEH NAMPAK BALI kat sini, Gunung Agung tersergam indah dari pantai ini.

Makan malam kami pada hari pertama di Hotel Jayakarta, sebab malas nak jalan jauh haha.

sdr

Check in Hotel Holiday Resort ,Lombok, terletak di daerah Mangsit dan korang perlu tahu kalau lain kali nak tidur di LOMBOK , cari hotel macam Puri Saron, Bukit Senggigi sebab dekat dengan town dan suasana meriah kat sini. Kami tidur di Holiday Resort sebab perlukan rehat dan tenang sikit. Jauh sikit dari town Senggigi.

Day 2 : Selepas sarapan pagi di Hotel – acara bebas dan berehat di hotel, hotel kami belakangnya view pantai, pool cantik, dan enjoy semuanya. Jam 12 terus ke Local Restoran ( LOKAL RESTO ), untuk makan Nasi Ayam Tali wang lagi. Perjalanan selepas tu kami ke Kg Benang Setokel, perjalanan mengambil masa dalam 1 jam setengah macam tu. Air terjun Setokel memerlukan korang trekking sejauh 30 minit dan enjoy air terjun dia memang lawa. Seterusnya ke Air Terjun Benang Kelambu, pun korang kene trekking dalam 15-20 minit, CANTIK WEH, sejuk je air die sempat gak lah celup muka. Menaiki Ojek( Motor Supir aka Teksi ) dalam hutan..kaum hawa pun ada buat ojek nih. Untuk ke parking kereta hanya 10,000 Rupiah seorang sehala. Rehat makan petang di sekitar pintu masuk Benang Setokel.

 

Makan malam pada malam tu sebab semua penat kitorg disajikan buffet di Pradje restoran.

Alhamdulillah perut dah kenyang – pusing pusing kawasan pantai Senggigi dan pekan Senggigi sebelum masuk hotel untuk berehat.

Day 3 : Selesai sarapan pagi, check out dari Holiday Resort dan terus membeli oleh oleh lagi, kira last minit lah haha..terus ke Banyumulek, untuk lihat seni kraft tanah liat, ukiran. Kat sini ukiran murah murah korg boleh beli, astray rokok, kerusi kayu, pasu, hiasan rumah. Aku dapat lah beli astray 3 biji – RM  100,000 Rupiah.

Seterusnya melawat Sade Village. Sini unik beb perkampungan dia kecik, dan terdapat 150 buah rumah etnik kaum sasak ORIGINAL di sini. Dorang meniaga senin kraft, kain , bag bag perempuan, kat sini MURAH , korang kene beli ya, rugi tak beli. Kami juga sempat berborak dengan seorang warganegara MALAYSIA, orang JOHOR yang tinggal di sini dan menjadi kaum sasak, akibat ikut isteri. Singgah makan tengah hari di Lokal Restoran.

 

Trip diteruskan ke Tanjung A’An ( Kawasan pantai yang bagi aku cantik giler ), kat sini aktiviti sunset dapat dilihat di Bukit Meresek, korang boleh layan gambar gambar yang aku sempat shoot kat sini. Lawa serius!!! Korang buatlah aktiviti kat sini, pantai berangin walau panas.

Seterusnya ke PANTAI KUTA MANDALIKA, kalau nak tahu few years coming akan dibangunkan litar Formula one ala ala Litar Monaco, tapi versi Lombok! Confirm tempat ni BOOM!!!

Pantai Mandalika sesuai untuk ahli keluarga piknik, layan kelapa, kat sini ada taman permainan mini.

Jam 3.00 petang kami ke Aiport untuk membawa semua kenangan ke Malaysia

Advertisements

CARA NAK BUAT VISA AUSTRALIA MURAH

SELAMAT TAHUN BARU!!!!!

Heee..

Lambatnya aku wish tahun baru kat korang kan.

Banyak sangat terima panggilan, whatsapp, dan mesej orang tak dikenali nih,

“ ABANG , ENCIK ADA BUAT VISA AUSTRALIA LAGI TAK?”

Jawapan dia ya masih dek non oit,

CEPAT CEPAT SIMPAN NO BANG DEHAM +6013 295 3641

Selagi pihak immigration Australia belum kuat kuasa DARI SEGI STOP KAN VISA ATAU LARANG KAMI AS TRAVEL AGENT BUAT VISA selagi tuh masih Bang Deham menjualnya tau. Korang boleh dapatkan Eta Visa Australia dengan Bang Deham semudah.

A…B…C…

Tahun ni baru je masuk Februari ya, tapi berdesup orang pm bang deham taw,

Kadang kadang kita ni tengah naik motor , layan corner maklumlah ulang alik pergi kerja, motornye pulak kapcai jer.

Time tuh la korang call ya. Apa kata korang whatsapp je Bang Deham.

CEPAT CEPAT SIMPAN NO BANG DEHAM +6013 295 3641

Kalau nak suruh call taip je * PLEASE CALL ME / * SILA TELEFON SAYA ?

Haaaaaa…Mudah kan mcm abg ckp td lah semudah ABC.

Pembukaan tahun ini ALHAMDULILLAH dah masuk 2 Bulan dalam Februari , dekat 100 Visa dah abg tolong submit.

“ ADA LAGI TAK PERCAYA KER”

“Bila bang Tanya jer, dapat nombor saya buat visa dari mana.?

“Dari kawan saya bagi dia kata abg boleh buat visa.

“Itupun masih ada tak percaya. Ish ish ish.

Abang terangkan lagi syarat syarat nak buat Visa ( RAJIN RAJIN BACA TAU ORANG MALAYSIA )

  • Apa itu ETA.?

Merupakan Electronic Travel Visa, korang perlu  tahu visa korang automatik approved by sistem, so x perlu minta reference number. Semuanya dah APPROVED.

Visa validity setahun yer.!

Maksimum stay 3 bulan sahaja.!

  1. Kenapa Visa Cancel.?

A ) Sebab pertama – Pernah ada rekod salah menggunakan eta visa untuk bekerja.

B ) Sebab kedua – Pernah ada rekod stay lebih dari 3 Bulan.

C ) Sebab ketiga – Pernah ada rekod jenayah, loan PTPTN, Blacklist, Bankrup.

D ) Sebab keempat – Email korang pernah guna untuk hal hal di atas, automatik dalam sistem bila nampak email korang , dia akan blacklist.

E ) Sebab kelima – punyai rakan, ahli keluarga, sedara mara, besfriend, bestie, kekasih , yang pernah menggunakan nama anda yang di bin kan, automatik embassy akan reject. Haaa.. tak pasal pasal kan …lain makan nangka lain kene getah.

3.Berapa lama VISA AKAN SIAP ( Yang ni soalan feveret korang kan, belum bg visa dah Tanya bila siap ) heeeee…

*Visa akan kita SUBMIT  DALAM MASA SEJAM jer

*Cek email korang akan dapat notification dr embasyy

*Korang akan dapat terus VISA KORANG DALAM BENTUK PDF lepas buat pembayaran kepada abang.

*Visa paling lambat akan dapat 12 Jam ( SEPESEL KES YANG KENA RECALL SAHAJA )Sebab apa kene Recall –  Kadang kadang biasalah sistem error, pihak immigration kene cek rekod, nama atau no passport immigration tak dapat kicap. EH CATCH UP!

 

KEBIASAANNYA SEMUA LEPAS , LULUS CEMERLANG, JANGAN RISAU

MOH TENGOK TESTIMONI TAHUN NI, WALAU BARU BULAN 2 .

CAKAP KAT ORANG SEBELAH ” APPLY LA DENGAN BANG DEHAM ”

KUNDASANG BERHANTU

Dengar tajuk ajet ajet seram.

Sebenarnya Mr Nais, ada beberapa perkara nak cerita, tapi tak payah lah, hmmm betul ker.?

hmmmmm

hmmmmm

hmmmmm

.

.

.

Hari 1 :

davdavsdrdav

Perjalanan kami tiba di Kota Kinabalu Aiport seawal 0855 pagi. Terus ke tandas akibat kesejukan sehingga cramp tx3t8%. Sh……Lega. Pemandu pelancong kami Hajah sedang tunggu di arrival hall. Perjalanan diteruskan melawat rumah terbalik, mengambil masa dalam 45 minit juga untuk sampai di situ. Bayaran masuk RM 5.00 Done. Tiba sahaja di Rumah Terbalik, kat sini unik jugak lah sikit, rumah die semua terbalik, simbolik, sejarah, penceritaan semua akan diceritakan di sini.

Seterusnya ke Ladang Lembu ( Cattle Farm ), yang mana angan angan tinggi nak ke New Zealand boleh ke sini..hee..perjalanan mengambil masa 2 Jam untuk ke Cattle Farm.

Sebelum sampai ke sini, anda akan disajikan pemandangan Gunung Kinabalu di sebelah kanan, dan kawasan laluan jalanraya seakan akan jalan Tapah nak ke Cameron Highlands.Fuhh..Goyang bah, bukit banyak sangat.

Tiba bulatan Pekan Kundasang, akan ada Van akan pickup untuk masuk ke Ladang Lembu, nak masuk ke dalam tu pulak makan masa 9 Minit.

Cuaca pada masa tu hujan renyai renyai, rasa lah jugak macam ada salji.

Beli susu, amek gamba, gelak gelak dalam 30 – 40 Minit.

Kembali semula ke bulatan pekan Kundasang tadi dan terus ke Hotel untuk tidur.

davdavsdrdavdavbtybtydavdavdavdavdavdavbtydavdavdavdavdavdav

Hari 2 :

Selesai sarapan pagi, aku nak belanja sikit view bilik aku tempat kami tidur. Haha

Kundasang Pine Hill Resort, memang lawa sini oi..!!

Selesai check out, perjalanan diteruskan ke Kg Luanti untuk urut urut kaki guna ikan. 45 Minit dari Kundasang. Malang tidak berbau, disebabkan keadaan hujan yang lebat malam tadi, ikan semua sudah lari habis.

Makanya sempat amek gamba pintu masuk saja.

dav

Perjalanan diteruskan menuju ke Poring Hot Spring. 45 Minit juga akhirnya sampai.

Aktiviti kat sini selain Hot Spring, Layan Canopy Walk Way, dan Air Terjun Kelawar @ Kepungit.

Selesai aktiviti makan tengah hari di Restoran Halal di sekitar Poring.

Perjalanan diteruskan ke Pekan Ranau untuk beli sedikit cenderahati dan terus ke Pantai Tg Aru.

Dari Kg Luanti ke Pantai Tanjung Aru 2 Jam beb. Tepat pada jam 5.30 akhirnya tiba di situ, ramai sangat orang kat sini, penuh macam ada pasar malam. Malam check in hotel di Centre Kinabalu.

Hari 3 :

Selesai sarapan pagi, aktiviti bebas kali ni, aku ambil kesempatan untuk ronda ronda di Pasar Filipino, Kedai Mutiara Jamilah dan makan tengah hari di Kg Tg Air Sabah ( Kedai Seri Melaka ) sedap nyaa makan  sini.

Selepas selesai semuanya terus ke Airport untuk proses balik ke Semenanjung pulak.

 

 

 

 

 

CARA MEMOHON VISA AUSTRALIA MUDAH.

Seperti yang kita tahu saban hari, semakin ramai rakyat Malaysia melancong biarpun kita dilanda kegawatan ekonomi yang senarionya seperti ombak pasang surut.

Antara Negara yang paling banyak dikunjungi selepas Indonesia, Korea, China, ialah Negara Australia.

Australia memerlukan Visa untuk rakyat kita masuk sebagai pelancong.

Kat mana cara mudah nak dapatkan Visa Australia ni.?

  • Dengan cara online sendiri pun boleh
  • Melalui Ejen Pelancongan yang berdaftar pun boleh

Apa yang bezanya yang menjadi persoalan, mengikut pengalaman Mr Nais bekerja di sebuah Agensi Pelancongan , agensi yang paling Top lah kawasan Bandar Tun Hussein Onn nih. .Hee..

Setiap hari tak kira siang dan malam, akaun whatsapp dan email penuh rakyat marhain yang bertanya tentang visa ini. Dari  Utara sampai lah ke Selatan. Malah, Travel Agensi yang freelance pun banyak buat visa dengan Mr Nais.

TAPI KENA INGAT , VISA HANYA UNTUK MELANCONG SAHAJA

Ok apa bezanya .? Beli online melalui website eta, korang akan dikenakan bayaran sebanyak AUD 20 . Lulus atau tak lulus tetap kene bayar..nama pun online..

Kalau buat dengan Ejen, korang akan dikenakan bayaran RM 20.00 , Lulus baru bayar.

Nampak tak perbezaan dia.?

Untuk yang nak cari visa autralia, boleh lah terus hubungi +6013 295 3641 , kalau agak agak malu atau call tak angkat, hanya perlu whatsapp sahaja. Dan sila save nama Mr Nais.

Kat bawah ni ada beberapa testimoni  yang sempat  Mr Nais ‘ Screenshot ‘.

This slideshow requires JavaScript.

 

Nak amek semua gamba banyak sangat sampai pening kepala Mr Nais. Bebel banyak pun tak guna kan , ambil handphone dan terus dail +6 0 1 3  2 9 5 3 6 4 1 SEKARANG!!

Untuk pembelian visa 20 PERCUMA 1 Visa.

Nak baca lebih lanjut tentang visa ni sila klik link VISA MURAH AUSTRALIA

Percutian Bajet Cameron Highlands

Sebut sahaja pasal Cameron Highlands, semua tahu dan kebanyakannya semua orang pernah sampai.

Dari golongan muda sampai golongan tua pada hari ini.

Tapi kebanyakan mereka pergi hanya untuk sejukkan badan sahaja, ala ala oversea gitu…

Ada juga yang pergi semata mata untuk minum Tea yang fresh sahaja..Fuhh hebat bukan orang Malaysia ni, suka sangat buang minyak..haha..

Namun mereka tetap mereka, kita  tetap kita, lain orang lain ragamnya, lain tuan lain badannya.

 

Ni kat bawah ada ringkasan jadual program .

Program Ringkas  Lawatan ke  Cameron Highlands yang boleh dijadikan rujukan.

 

Hari Pertama  Oi!

10.00 am  : Bertolak dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS )

: Exit Tapah  –  Lata Iskandar – Tanah Rata

12.00 am  : Tiba di  Brinchang.

14.00 pm  : Check in Apartment Golden Wings.

sdrdavsdr

Kawasan apartment kami stay ni sebelah Hotel Rossa Passadena, mudah untuk cari dan mudah untuk jalan jalan mencari makan pagi dan makan malam. Ianya betul betul terletak di Pekan Brinchang, masjid pun dekat, Kfc pun dekat, kedai serbaneka pun dekat, yang tak berapa best dia punya parking..Konsep sapa cepat dia dapat..

 

16.00 pm : Makan makanan panas di Restoran Pok Nik Ikan Bakar.

 

18.00 pm : Makan Steamboat Abang , Grill pun ada..haaa paling win Kambing beb. Bermula lah acara makan sampai pengsan. Harga seorang dewasa dalam RM 39.00 . Dari Brincang anda perlu turun ke Tanah Rata dalam 2-3 Km sampai lah. Kedai steamboat ni terletak betul betul di Tanah Rata Town  dan sebelah parking yang luas, dan sebelah hotel Cool Point.

dav

21.00 pm : Pulang semula ke apartment untuk rehat.

 

 

 

Hari Kedua Oi!

09.00 am  : sarapan pagi boleh diperolehi dengan sangat senang. Jalan kaki 5 minit dah sampai Food Court Brinchang. Kat situ pelbagai jenis sarapan pagi ada. Macam dalam hotel, tapi biasalah sarapan pagi orang Malaysia. Harga kat situ boleh tahan mahalnya. Apa apa pun bijak memilih nah.

12.00 pm : Cactus Farm terletak 2-3 km dari Pekan Brinchang. Masuk adalah PERCUMA.

davdavdavdavsdrsdrsdrdavsdrdavdavdavdav

1.00   pm :  Makan tengah hari , Lauk Campur di Muzium Tunnel. Kar sini ada muzium tunnel, dan jualan produk madu, serta self pick Strawberry. Semua nya perlu bayar.

davdavdavsdrdavsdrdav

 

3.00   pm : Ronda – ronda di Tanah Rata, atas jem habaq hang, kami turun ke bawah untuk ronda ronda layan angin sejuk.

4.00   pm : Jom ke Ladang The Bharat yang Baru, lokasi dia cun sikit dari yang lama. Eh cun banyak, tapi kat sini parking kereta sangat limited.

davdavsdrsdrsdrdavsdrsdrsdrdavdav

5.00   pm : Parit Fall – tempat yang korang patut singgah, kalau nak tengok hutan lipur kawasan Cameron Highlands. Kat sini tidak boleh aktiviti perkhemahan dijalankan, terletak di Kg Taman Sedia, Ada kemudahan tandas, kafe, laksa dia memang terbaik, tapi aku layan kofi je sejuk sejuk hee.

7.00   pm : Pasar Malam Sg Ruil, pasar malam di Brinchang telah dipindahkan di sini, merupakan pasar malam yang terbesar di Cameron, dan paling ramai, paling padat. Kat sini korang boleh dapatkan sweater, parka dengan harga RM 10 Ringgit, Strawberi, madu, sayur sayur memang murah.

davdavdavdavdav

 

9.00   pm : Makan malam kami pada hari itu, ialah Nik Ikan Bakar, merupakan top Ikan Bakar di Cameron. Diusahakan oleh orang Kelantan. Kalau google ikan bakar , memang kat sini je yang keluar.Sup die terbaik.. Harga berpatutan , ingat, bijak memilih.

10.00 pm : Rehat di Golden Wings, fuhh.

 

 

Hari Ketiga Oi!

09.00 am  : sarapan pagi di kedai semalam , rupanya di kawasan penginapan kami tu ada satu pasar pagi Cina, boleh tahan jugak pasarnya, tak la besar, tapi untuk pengunjung boleh singgah. Di sini jagung manis, pelam, petai, dan nasi lemak ( orang melayu jual ).

sdr

12.00 pm : Check out dan turun melalui jalan Tapah.

davsdr

1.00   pm : Berehat di Hutan Lipur Kuala Woh, satu lagi uniknya sungai ni, pasirnya panas. Ha..panas macam mana tuh.? Macam najib razak ke.? Korang kene try wokayh!!

Pendakian Gunung Suku

Hi.! Lama tak menjenguk dalam blog ni, Almaklumlah di atas kesibukan dunia , hampir terlupa segalanya …tidak termasuk orang tersayang.~ Cewah.

So apa cerita petang ni.? Ini yang nak kongsi sikit ni.

Aktiviti pendakian kali ini, difikirkan saat saat akhir, namun ianya berakhir dengan cemerlang.

Pada Sabtu yang lepas, kami berempat ( Cik Wani, Ijat, Cik Jawa ), meninggalkan ibu kota pada jam 12.00 tgh malam. Kami selamat tiba di Rnr Simpang Pulai untuk berehat pada jam 3 pagi.

Tanpa membuang masa , kami tidur dengan aman sambil ditemani bunyi lebuhraya Utara – Selatan yang hmmm..

Perjalanan diteruskan pada jam 7 pagi, untuk trip pendakian kali ini, kami hanya menggunakan ” share location – starting point ” menerusi aplikasi whatsapp kiriman rakan kami yang mendaki pada hari sebelumnya.

20 Minit tiba sudah kami di tempat letak kenderaan kereta. Fuhh tepi highway habak ang. Pastikan kereta korang dikunci rapi, dan tiada barang berharga di dalam kereta.

Jam menunjukkan 0800 am : Bermulalah pendakian kami pada hari itu dengan tawakal dan bismillah, dalam kumpulan kecil ini tidak seorang pun yang pernah menawan puncak Gunung Suku ini. Apa ada hal , redah sajalah.

Pendakian menuju ke puncak memang memacak, aku kira tiada langsung tempat yang rata, keadaan hutan agak basah dan sejuk.

Trek juga jejaknya masih senang di baca, kami hanya berpandukan marking dan kesan tapak kaki sahaja.

Setelah beberapa jam mendaki, akhirnya tiba di water point. Punca air untuk refill. Tidak digalakkan minum kerana air sungai kecil dan tidak laju arusnya, tapi sejuk fuhhh..lega la juga buat basuh muka dan tahi mata.

Untuk mendaki ke Gunung Suku, anda digalakkan membawa air minum sendiri at least 2 botol besar.

Selepas jumpa water point, ikut arah ke kanan untuk sekali lagi melayan pacak, dan aku harap ianya yang terakhir, namun siapa sangka, bila laju je naik kejar matahari, rupanya puncak tipu.

3 jam pendakian akhirnya sampai juga kami ke Puncak Gunung Suku.

wp-image-970016844jpg.jpegwp-image-1202960428jpg.jpegwp-image-1802376769jpg.jpeg

IMG_20170521_152418IMG_20170521_152415DCIM107GOPROG1400347.

Di atas puncak juga terdapat kumpulan pendaki lain dari teluk intan, rupanya sahabat kami juga yang ke Relau tempoh hari.

Aduh kecilnya dunia.

Misi akhir sebelum Ramadhan selesai.

Nak cerita lebih, pengalaman pewai tu biasa dah, nak cerita seronok ke tak seronok, sila tengok gambar.