Gunung Nuang

Hi.Gunung Nuang terletak di Hulu Langat , dekat dengan Kajang dan Cheras.

Semalam ahad, untuk pembukaan tahun 2017, aku memilih untuk mendaki Gunung Nuang.

Gunung Nuang ni dekat jer dengan rumah aku dalam 45minit.

Sebelum perjalanan diteruskan menuju ke Hutan Lipur Gunung Nuang,Pangsun.

Aku dan kawan kawan sempat pekena roti canai atau nasi lemak untuk alas perut yang mula keroncong ni.

Pekan Batu 14, kat sini ada balai polis, kedai kedai makan, kedai minum dan merupakan tempat akhir untuk membeli keperluan.


Pendek kata lepas makan perjalanan kami diteruskan , dari situ utk ke Hutan Lipur Nuang perjalanan sejauh 9 km sahaja.

Sampai sahaja di parking , lepas siap siap ,korang kene daftar permit RM 1.00 bagus nuang ni, dari aku mula naik tahun 2009. Sama je, segar hijau, fresh air.

Pendaki tempatan pun masih banyak.

Perjalanan kami bermula pada jam 0900 pagi..Melayan trek simen sehingga trek balak cukup pewai buat kami.

1030 pagi tiba di Kem Lolo ,kat sini Kem tempat orang pacak khemah, pacak fly sebelum naik ke Puncak. Jika buat 2 Hari 1 malam.

Sampai Lolo kami singgah kejab untuk minum dan isi tenaga sebelum perjalanan yang agak tough, trek mencanak yakni menuju ke Kem Pacat.

Dari Kem Lolo ke Kem Pacat, pendakian mengambil masa selama 1 jam setengah ke 2 jam sahaja.

Pada hari tu ,kami berjaya sampai ke Kem Pacat dengan mengambila masa 1 jam 20 minit.

Sampai di Kem Pacat pada jam 12.00 singgah makan kejab heee isi balik tenaga ..Jauh whoaa kem pacat ni..memang mcm pacat dibuatnya.

Pada jam 1.00 pendakian di teruskan menuju ke Puncak Pengasih – Sempadan 3 Negeri ( Selangor, Negeri Sembilan, Pahang )

Jam menunjukkan 2.30 pm akhirnya dah nampak dah Signboard Pengasih..Fuhhhh pewai bersepah teriak ku..hahaha..

Dari sini ke Puncak Nuang perjalanan menurun sedikit dan kembali memacak dan pada jam 3.00 Petang sampai juga kami di Puncak.

Sambutan sampai ke puncak disambut dengan hujan yang seperti ais. Sejukk..

Kami turun semula pada jam 4.30 petang dan kembali di parking kereta pada jam 7.00 malam.

Alhamdulillah selesai lanyak diri..hahaha..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s