Gunung Relau, Kampar

Gunung Relau 951 meter,terletak di Kampar , Perak. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar mengambil masa 2 jam ke 3 jam ikut kepada cara memandu dan trafik..Tapi dalam cite kata bawah nanti, gua kene aes kt slim river uwaaa…

Mari kita mula story mory nih.

Ahad bertarikh 8 januari, kali ni seramai 26 pendaki akan tawan Gunung Relau. Seperti biasa semua pendaki akan berkumpul di LRT Gombak bagi proses bayaran akhir dan cek list nama.

Selesai semuanya perjalanan kami bermula jam 1200 tengah malam dari Kuala Lumpur..

Its begin..

Selepas hentian rnr tapah,yakni hentian rehat yang terakhir untuk membeli keperluan spt air mineral atau makanan tambahan seperti jajan dan lain lain lagi.

Kesemua pendaki exit highway Tapah dan ambil ke kanan selepas tol untuk menuju ke meet point rest and sleep..Masjin An Nur, Kampar.

Selesai tido mcm org giler pada malam tu di masjid, keesokannya jam 7 pagi , semua ke kedai makan sebelah masjid untuk makan pagi dan tapau lunch pack.

Perjalanan dari masjid an nur ke starting point ( Air Terjun Berangkai ) sejauh 10 minit sahaja.

Dari sini melalui perkampungan cina ,jalan kecik ,parking pun sangat terhad.

Selesai taklimat ringkas dan doa oleh jurupandu tempatan maka bermulalah,

0850  am start hiking menuju ke checkpoint pertama. Rumah Orang Asli.

0923 am Check point Rumah Orang Asli.Pendakian ke sini santai je weh, apa apa safety first. Selepas Jumpa rumah orang asli, ada 2 simpang, pastikan korang amek ke kanan dan lintas sungai, itu merupakan sg relau dan waterpoint yg last dan pertama.

Pendakian dari sungai relau ke puncak agak pacam sedikit, mulalah nampak pewai masing masing, aku selaku sweeper lagi lah penat yang amat. Pendakian ke puncak ni akan semakin dekat bila melalui satu view point, dan melepasi tali di batu besar.

1230 tepat!! akhirnya berjaya menawan puncak gunung relau.


1340 pm pendaki diminta turun semula dan kali ni trek akan bawak ke air terjun sg relau, ini yang best ni tiruk..

Perjalanan turun betul betul menurun melalui trek yang sama kecuali selepas rumah tok batin akan ada simpang yang lain ke air terjun.

1720 pm beginilah kehidupan, pandai naik pandailah turun, berbagai bagai ragam semasa turun dan akhirnya tiba di air terjun.

1800 pm Dari air terjun ke parking kereta tak lama sangat dan semuanya selamat sampai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s