Gunung Benum via Ulu Cheka

Kisah pendakian Gunung Benum via Kampung Ulu Cheka ni dah lama berlalu, Kisahnya bermula 2 tahun yang lepas di mana aku dan 5 orang pendaki ingin menawan puncak Gunung Benum.

Gunung Benum merupakan Gunung yang ke – 16 tertinggi di Malaysia dan memegang kedudukan 12 di Semenanjung Malaysia. Hasil dari bualan dengan rakan pendaki yang lain, kata mereka Benum trek pendakian kedua mencabar selepas Gunung Tahan.

Pendakian mengambil masa selama 4-5 hari sebab turun di tempat lain yakni Pos Perluk.

10.00 pm : pendaki berkumpul di Lrt Gombak untuk proses carpool dan mengira peserta, padahal 5 kerat je bajet ramai hahaha..

12.00 am : bertolak ke Jerantut menggunakan Highway Karak. Perjalanan menuju ke Jerantut mengambil masa selama 2 – 3 jam.

03.30 am : Tiba di masjid jerantut dan berehat, tido sekejab sementara tunggu hari pagi.

07.00 am : Bertolak ke Kampung Ulu Cheka, berkabus ooo masuk sini, perasaan dah mula cuak huhu.

08.00 am : Parking kereta di rumah Pak Ndak ( guide Gunung Benum ) sebelum menaiki powil ke starting point.

Dari rumah Pak Ndak ke starting point tak la jauh, perjalanan lebih kurang 10 – 15 minit menaiki powil je.

Hari Pertama 

0900 am : Selesai doa dan taklimat ringkas, kami meneruskan pendakian menuju ke kem jeneruh atau kem tong gas, dalam 10 minit pendakian itu berlaku sedikit kecelakaan yang tak diingini berlaku,kami tersadai di tengah trek hutan selama satu jam lebih. Dan selepas kejadian itu, pendakian berjaya diteruskan , trek tak kasi can memacak dan terus memacak, ak tak ingat berapa banyak kali balak besar yang tumbang yang perlu dilangkah..Ini menunjukkan bahawa aku bakal pewai.

 1340 : Penat melayan pewai akhirnya kami tiba di Air Terjun Jenaris..Kat sini tempat pertama kami pit stop rehat sambil penuhkan tenaga semula, Lunch dan berhenti solat.

Langkah demi langkah kami teruskan pendakian ,bagi aku kejam di awal pendakian ke sini.haha. Pendakian diteruskan pelan pelan kayuh, untuk menuju ke Kem Jeneruh ( Kem Tong Gas ).

1500 : Pendakian berakhir di sini, wow kat sini ada Tong Gas..haha..Akhirnya kami tiba dengan pewai di Kem Jeneruh, hari dah lewat petang, guide buat keputusan untuk bermalam di sini.

Menu hari pertama kami haaaa..nah tengok gamba..penat dorang memikul..kikiki..

Hari Kedua,

0900 am : Selesai kemas bag dan peralatan semua, pendakian hari ini menuju ke check point berikutnya, iaitu Kem Gunung Lilin. Kami harus sampai awal ke Gunung Lilin bagi mengelakkan jalan malam.

Perjalanan ke Kem Gunung Lilin diteruskan , kali ini pendakian lagi padu ak rasa, memacak dan terus memacak.

1230 pm : Tiba di Kem Gunung Lilin, kat sini kami berhenti makan megi tengah hari, dan berhenti solat, perjalanan seterusnya sangat jauh.

Selesai isi perut kami meneruskan perjalanan menuju ke Batu serodong, trek memang tak mengecewakan ,naik turun naik turun , masih buntu lagi kami dibuatnya, hari semakin lewat petang, masing masing berehat sekejab di trek.

Pelan pelan kami melangkah, cuaca semakin sejuk, jam menunjukkan waktu magrib dan kami masih meneruskan pendakian.

2000 pm : Tiba di Batu Serodong, macam batu belah betakup, cuaca kt sini berangin sejuk, kami berehat sekejab keletihan, ak dah mula penat tak terhingga begitu juga yang lain, kami rehat agak lama di sini dalam sejam sebab semua lapar dan kesejukan.Kami alas perut megi dan biskut kering saja.

Selesai semua, perjalanan diteruskan, kali ni hujan lebat turut menemani kami, badan semakin penat, mengantuk dan ada juga yang cramp, cuaca diselangi angin yang kuat.

Jam menunjukkan hampir jam 12 tgh malam, dan kami masih di trek tanpa tahu berapa lama lagi akan tiba di permatang angin.

Kumpulan mula terpecah kepada dua, ak dan seorang sweeper nama wong, kami terkandas di trek akibat rakan kami nak pengsan, dan tiada tenaga langsung, dipendekkan cerita inilah pengalaman pertama tido di trek dalam keadaan basah, sejuk, lembap,lapar. Suasana malam tu di trek agak mencabar ,berbagai gangguan cubaan kami terima.

Hari semakin terang, hujan pun dah berhenti, cepat cepat kami naik menuju ke Kem Permatang Angin.Fuhh tak sangka jadi begini, rupanya kami tido di kawasan permatang..

Hari Ketiga,

0800 am : Akhirnya sampai juga di Kem Permatang angin, lega rasanya dapat melihat kumpulan yang lagi satu, lapar, penat kami cukup terubat, wauu nasi goreng ayam..nasi lemak..fuhh.

Sambung tido..

1200 pm : siap siap bertolak daypack ke Puncak Gunung Benum.

Perjalanan santai 3 jam ke puncak melalui kem helipad, dan suasana sejuk, berlumut, sepanjang perjalanan ke puncak, korang akan lihat banyak tumbuhan periuk kera sebesar lengan, dan lumut yang fresh.

Semakin dekat dengan puncak semakin lembap keadaan dia, mcm menuju seakan akan puncak gunung liang.

Kalau mendaki dari Lata Berembun korang akan jumpa junction di bawah.

1400 pm : Berjaya menawan Puncak Gunung Benum yahooo..Apa lagi bergamba sakan la masing masing ,hilang habis penat haha..

Hari Keempat,

0700 am : awal aku terjaga hari ni akibat penat semalam masih belum habis. Teriakan suara kawan kawan..Oh ya lupa..misi sunrise hari ni, cuaca pagi tu mendung, matahari segan segan nak muncul. Ada juga beberapa keping gambar sempat kami tangkap buat kenangan.

img-20151015-wa0025

fb_img_1445232976587.jpgfb_img_1445232951330.jpgimg-20151016-wa0107.jpgimg-20151016-wa0023.jpgimg-20151015-wa0162.jpg

JpegJpegJpegJpegJpegJpegJpegJpegJpegJpegJpegimg-20151015-wa0146img-20151015-wa0140img-20151015-wa0138img-20151015-wa0031

1000 am : Siap – siap packing barang dan angkat sauh, kali ni kami perlu ke Kem Sg Besar untuk bermalam, perjalanan hari ni juga agak jauh kerana sg besar terletak betul betul di bawah, bayangkanlah dah tinggi tinggi camni nak turun hahah..HADAP & PEWAI.

1400 pm : Berehat makan di trek, menu kali ni nasi goreng gaul saja, haha..dan ada sikit kopi panas, perjalanan masih panjang detik ku, pada hari ni masing masing dah mula rasa nak cramp ( kekejangan otot ).

fb_img_1445232971967.jpgimg-20151016-wa0048.jpg

2230 pm : Sekali lagi kami diuji kali ni trek semua telah ditutup oleh kayu balak dan pokok pokok yang tumbang. Fuhh..stranded lagi bisikku, rupanya sungai besar di hadapan saja, kami perlu cari alternatif lain untuk sampai ke seberang. Hampir bertungkus lumus akhirnya berjaya juga kami melintas dan bermalam di Kem  Sg Besar.

Hari Kelima,

img-20151015-wa0170.jpg

img-20151015-wa0022img-20151015-wa0125img-20151015-wa0126

0900 am : Selesai sarapan pagi , angkat sauh menuju ke Pos Perluk yeayyy nak balik dah..hari last ni. Perjalanan menuju ke Pos perluk akan menurun sedikit dan melalui kawasan Gunung Cermin.

img-20151016-wa0029.jpg

 

img-20151016-wa0027img-20151016-wa0030

Selepas melalui kawasan Gunung Cermin, jalan dah mula landai dan panjang, masing masing pasang turbo, laju kemain sehinggalah kami sampai di sebuah sg besar lagi.

img-20151015-wa0127.jpgimg-20151015-wa0130.jpgimg-20151015-wa0183.jpgimg-20151015-wa0184.jpg

Kali ni tiada jalan lain untuk seberang hanya menggunakan sebatang kayu balak, pendaki haus menggunakan keseimbangan lintas balak ni, kalau jatuh hanyut beb,,arus deras siut..Waduh..ketar abis lutut, lawak pun ada sebab macam macam skill dorang lintas hahaha.

1300 pm : Berehat dan makan tengah hari , megi cukup kali ni, makan sepuas puasnya.

1630 pm : Penantian jumpa tamadun berakhir jam ini. Setel sudah pendakian yang mencabar ini. Banyak pengalaman yang aku dapat haha..Selamat tiba di Pos Perluk, keluar keluar je jalan raya, masyarakat kampung pandang pelik jer..haha..

img-20151015-wa0012img-20151015-wa0010JpegJpeg

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s