Gunung Dulang

Ini ada kisahnya, macam biasa bagi can sikit abang nak throwback.

Kisahnya bermula Hari Pekerja tahun yang lepas lepas, Kami Sahabat Hiking @ Lanun Rimba, mula mendaki jauh sikit kali ni.

Gunung Dulang terletak di Kampung Pagi, Kuala Tahan, Taman Negara Pahang. Atau lebih mudah Kampung Pagi, Jerantut.

Gunung Dulang ni mula dipromosikan lebih oleh Azura Zainal hos Xplorasi Kembara di Tv 1 tu. Kemudian mula lah kami mengikut nak ke Gunung Dulang juga.

Tak ramai pendaki yang ingin sampai ke sini. Aku pun tak pasti kenapa.

Nak dipendekkan cerita bermulalah aktiviti Lanun Rimba menawan Gunung Dulang ni.

Aku masih ingat perjalanan pada malam itu bermula bergerak dari USJ.

10.00 pm :Perjalanan menuju ke Jerantut via Lebuhraya Karak mengambil masa 3 Jam setengah macam tu.

Hari Pertama

11188349_845683995469009_4345884636168750917_n

0400 am : Kami seramai 10 orang pendaki berkumpul di Mc Donald Jerantut. Rehat dan solat subuh di Masjid sini. Selepas subuh memulakan perjalanan memandu ke Taman Negara Pahang. Gelap gilerr nak masuk dalam ni, kabus mula kelihatan tebal hampir menutupi mata mata kami.

11013138_846739872030088_9199690108614339266_n11150709_846739698696772_1180263600430171648_n

19599_846740555363353_4216143824685704616_n11149523_846740695363339_3666916979155348161_n

0700 am : Selamat tiba di Taman Negara Pahang. Kuala Tahan. Taman Negara paling rare paling awesome sekali kat dunia. Sampai di sini , pendaki semua membeli sarapan pagi dan makan sarapan pagi sebelum bertolak ke Kampung Pagi. Jurupandu kami pada program kali ini ialah Abang Jidi ( Orang Kg Pagi dan Kutu Lee sbg sweeper ).

11139390_978124132207259_3761269858363475286_n11159980_978124185540587_7153497945185800208_n

10421228_10204494705269188_3379842577971950527_n

1526729_978124532207219_3564977931331963606_n11114206_978124338873905_5492819501312228136_n

0800 am : Bag kami dan barang barang telah menaiki powil untuk ke Kampung Pagi. Perjalanan 10 orang pendaki kali ni menuju ke Kampung Pagi menggunakan bot perahu panjang. ( Bag naik powil & orang naik bot ) bukan apa lebih mencabar, bag tak basah, dan dekat dengan flora fauna.

17092_928932673832225_6596533321820820985_n11156156_928932710498888_6807783422408931416_n11165311_928933193832173_5830410982488402927_n11204427_928933847165441_8419714812617890182_n

Perjalanan menaiki bot memang suatu yang bagi aku, best weh..sepoi sepoi angin tiup. Aku terlena selepas puas tengok kehijauan alam sekeliling.

Selesai perjalanan hampir 45 minit di dalam bot, masing masing dah mula nampak takut ada, nampak penat ada, nampak tak sabar pun ada.

0900 am : Tiba di  Jeti Kampung Pagi. Di sini sekali lagi kami perlu tunggu powil untuk ambil kami ke starting point ( Pintu Rimba ). Penerangan ringkas, declare barang dilakukan di sebuah pondok di jeti kg pagi ini.

11138586_978124622207210_5545224142779310967_n11204885_978124655540540_6768451860666470853_n

10660335_928935227165303_7845218400932006670_n11162330_928935373831955_5218343222723636820_n

Suasana di Kg Pagi sunyi, yelah masa ni mereka baru dilanda banjir dan banjir baru surut.

0930 am : Menaiki powil untuk menuju ke starting point. Memang tak sangka perjalanan kami sangat mencabar. Aku boleh katakan powil yang kami naik ni tiap kali angkat tayar kat depan. Hahaha..Perjalanan menuju ke starting point, anda akan lihat banyak tapak gajah, kubang gajah.

11133743_928936040498555_4342837296786889595_n11201629_928935720498587_6253246479198598731_n

1130 am : Perjalanan mencabar , massage badan berakhir, Setelah 3 jam di atas powil akhirnya kami tiba di starting point.

11193368_928936210498538_5322263053733156274_n11203102_928936513831841_557974273096805374_n11205001_928936480498511_4660370367925250363_n11205970_928936250498534_547840577383886059_n11218055_928936453831847_7750988682160227930_n

11020744_928936660498493_223787292739033596_n

1200 pm : Pendakian menuju ke Kem Lata Serigala bermula. Dengar pun dah seram, pelbagai persoalan terbayang dalam benak aku pasal Lata Serigala nih .Haha.Macam macam yang melekat kat kaki weh . Aduh. Nasib baik lah pakai setokin panjang.Pendakian hari pertama ini banyak anak sungai yang kami kene tempuh. Sudah dengan penat belum tido, penat driving, adeh ~ bayangkan kene hadap sungai sungai ni.

Sepanjang jalan menuju ke Lata Serigala, kami dibelanjakan kesan tapak kaki gajah, kaki tapir, mak aih sebesar kereta kancil tapak kaki gajah. Mati weh kalau kene pijak, kesan kuku pun masih ada kat tanah.

1700 pm : Selamat sampai di Lata Serigala, boleh tahan juga trek panjang nak ke sini, pewai juga kami dibuatnya, hampir setengah hari jugak la perjalanan ke sini , landai. Kem site di sini kecil sahaja, boleh memuatkan 2 fly besar dan satu khemah sahaja. Sangat terhad.

11141205_928937667165059_8086988681842017622_n11203111_928937497165076_9152212149945215336_n

2000 pm : Berehat dan tido setelah makan tomyam masakan abg sado wan mj.haha.

 

Hari Kedua

Seperti yang diberitahu abg Jidi. hari ini kami akan mendaki sikit dan pendakian yang akhir paling teruk.

Selesai kemas bag dan sarapan pagi . Angkat sauh ~ siap siap untuk mendaki.

1000 am : Pendakian dimulakan ke last water point. Pendakian hari ini kurang sikit main air, di awal permulaan sahaja bermain air. Lama lama kami mula dibelanjakan trek lintas kayu balak, bukit bukit sikit, lubang tikus.

1200 pm : Tiba di Last Water Point. Semua pendaki berehat dan makan makan tengah hari. Menu tengah hari itu ialah kari ayam dan nasi kismis. Air kopi & nescafe turut disajikan oleh chef wan mj.

11210486_928937780498381_1614812797665926631_n

1400 pm : Selesai makan tengah hari, solat, pendakian di mulakan. Pendakian selepas ini memacak sejauh 800 meter. Takda Diskaun whoah~

1530 pm : Pendakian harus diteruskan, kali ni memang mencabar, menyesal pula makan banyak tadi. Uh. Makin lama makin tinggi, jam menunjukkan semakin petang. Akhirnya tiba di punca air. Malang buat kami pada trip kali ini, Punca air kering!!!!

1700 pm : Tiba di Kem Site Puncak Gunung Dulang. Alhamdulillah. Kami perlu berjimat menggunakan air kerana air limited di sini. Selesai pasang fly & ground, Allahuakbar.. Hujan selebat lebatnya pada petang itu, apa lagi kelam kabut masing masing tadah air. Ada yang buat kolam pun ada hahahaha..Ceh..

1900 pm : Hari semakin malam dan semakin gelap, hujan lama kelamaan sudah berhenti, bulan pada malam itu aku masih  ingat lagi. Rezeki kami, bulan penuh. Abg Jidi mengajak kami naik ke puncak pada malam itu. Headlamp dan baju windbreaker kami perlukan.

Tak lama pun hanya beberapa minit sahaja sampai juga kami di Puncak Gunung Dulang. Naik malam weh.

( BERSAMBUNG )…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s