Kisah Ayah dan ‘ Fatihah ‘

Aku ada sebuah kisah yang diceritakan pada aku, oleh seorang sahabat yang menggelarkan dirinya H. Aku selalu sangat berkongsi tentang gunung dan duniawi, kali ini aku nak berkongsi khas cerita kisah ayah dan fatihah.

Aku akan mulakan kisah Ayah dan Fatihah ini.

Hari ini tamatlah zaman bujang ayah ,apabila ayah sah menjadi suami kepada isteri yang ayah sangat cintai. Cinta ayah pada isteri hanya Allah swt sahaja yang tahu. Alhamdulillah dengan sekali lafaz padu, ayah berjaya dan bersedia mengharungi kehidupan yang akan datang bersama isteri.

Ayah hanya bekerja di sebuah syarikat pengusaha pelancongan kecil di sebuah Pekan Bandara. Gaji ayah tidaklah besar berbanding gaji isteri. Namun berkat usaha ayah dan bantuan Allah swt , Ayah mampu tanggung makan minum dan nafkah. Ayah sentiasa bersyukur dengan apa yang ayah ada sekarang ini. Ayah ada 2 keluarga, dan isteri yang mencintai ayah.

Leteran isteri setiap hari ayah hadapi dengan penuh sabar, biarpun isteri seorang yang kuat berleter ,ayah faham yang isteri banyak komitmen, isteri selalu mengadu pasal kerja, masalah yang dihadapinya. Masalah yang dihadapi oleh isteri ,masalah yang sama sebelum perkahwinan. Isteri sedikit boros. Tapi ayah nasihat juga, duit isteri katanya, ayah sekadar diam sahaja.

Isteri banyak berkorban untuk ayah. selalu masak sedap sedap kat ayah. Tiap petang ayah balik kerja, mesti siapkan kuih muih, dan lauk pauk untuk bagi ayah gemok.

Isteri bekerja sebagai akauntan di sebuah bank tempatan. Sebab apa ayah jatuh cinta padanya , sebab sweet,  cantik, comel, isteri juga kuat solat, pada ayah semua ada pada dia.

Itulah isteri ayah.

Emak dan Ayah mertua pun ,Alhamdulillah baik sangat. Ayah selalu rindu kat mertua.

Genap setahun perkahwinan kami. Alhamdulillah ayah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Perasaan ayah masa tu , sangat gembira tidak terkata, berkat hubungan kami akhirnya rezeki hidup bertiga pulak.

“Terima kasih ya Allah”. Berkata ayah pada diri.

Fatihah namanya.! Nurul Fatihah. Sedap nama tu. Nama tu ayah yang bagi semasa melaungkan iqamat di telinga Fatihah.

“Fatihah.. ayah nak pesan kat fatihah bila besar nanti ,belajar rajin rajin, kerja bagus, jangan beli macam macam , tapi Fatihah beli lah agama kita, belajar dan faham. Kalau ayah dan emak susah , Fatihah boleh doakan.” bercakap ayah dengan Fatihah.

” Fatihah carilah akhirat banyak ya”

Lantas dimarahi ibu ( selepas bersalin panggil ibu ).

“Ish.! Ayah ni, anak kecil lagi kan, cakap merepek, dari bujang sampai dah dapat anak pun masih nak merepek. ” dengan nada tinggi.

Ayah faham ibu penat baru lepas bersalin, malu ayah ahli keluarga yang lain tengok bila ibu tegur begitu. Ibu..

“Ayah tak merepek, ayah hanya nasihat , dan berikan pesanan saja..” balasku. Tanpa memikirkan panjang, ayah berikan Fatihah kepada ibu.

Siang menjadi malam, malam menjadi siang, hari bersilih ganti.

Pokok cili yang ayah tanam mulai menunjukkan hasilnya.Kini Fatihah dan berumur 4 tahun. Tidak lama lagi Fatihah akan masuk darjah satu yakni ke sekolah kebangsaan. Ekonomi pada masa itu sangat gawat, gaji ayah dan ibu semakin tinggi namun , kami terpaksa berhempas pulas, berganding bahu demi meneruskan kehidupan ini.

Saban hari kerap kami gaduh kecil apabila mengenangkan masalah kewangan. Penat ayah membanting tulang , mencari kerja separuh masa setiap minggu. Sedangkan lidah pun tergigit, inikan pula hubungan suami dan isteri.

Ibu mula menunjukkan sikap yang aneh, Ayah mulai perasan, bila ibu sering pulang lewat ke rumah, dengan alasan ibu mencari duit lebih. Sedangkan ayah pun mencari duit lebih dan boleh pulang awal ke rumah, hidangan kuih, masakan panas tidak lagi ayah nikmati. Setiap malam ayah balik ,atau setiap petang, ayah sempat ambil fatihah di rumah asuhan PRA-PASTI dan membawa Fatihah jalan jalan jika ayah pulang awal. Ayah dan Fatihah begitu rapat, Fatihah biarpun masih kecil namun Fatihah faham ayah.

” Ayah, nanti kalau Fatihah dah pandai dan bersedia ,nanti.. nak mengaji kat ayah tau..” dengan nada pelat.

“hahaha” Ayah gelak sahaja.

“Belajar rajin rajin dulu la budak kecik! Cakap ayah pada Fatihah. Fatihah pelat percakapan dia. Suaranya halus, serak serak basah, minatnya terhadap haiwan dan sejarah mula ayah perasaan.

Anak ayah rasanya ni ,mengikut sangat.

Ibu akan balik jam 10 malam setiap hari kecuali di hari minggu ibu akan bersama kami membawa Fatihah jalan jalan petang dan bergurau senda. Ayah selalu tanya ibu,

“Mesej siapa tu ibu, tersengih panjang sejak akhir akhir ni” dengan nada cemburu.

Ibu hanya beri jawapan,

“hantar gambar Fatihah dekat kawan, …Kawan ibu bekerja satu tempat dengan ibu dan merupakan seorang funder baru untuk bank ibu, secara tak langsung banyak yang ibu bekerja bersama dengan dia” nada bersahaja ibu balas.

Bila ayah tanya lelaki atau perempuan.

“Ibu akan jawab sibuk je nak tahu.” alahaii bisik ku garang pula.

Pada suatu hari, ibu dapat tawaran kerja dari syarikat lain untuk bekerja. Dan ibu setuju kerana gaji yang diberikan juga lumayan kata ibu. Bezanya ibu kata, jadual kerja agak santai, dan tempat kerja jauh sedikit. Mengambil masa sejam dari rumah kata ibu. Alhamdulillah rezeki buat ibu. Ayah dan Fatihah tumpang gembira.

Suatu malam sedang ayah sibuk menyiapkan beberapa kertas kerja, Ayah rasa tertekan sebab kerja sangat banyak,. Ayah perlu sangat ibu di sebelah menemani masa tu.

Ayah tengok ibu nyenyak tidur, kepenatan barangkali.

“Comel sungguh wajah ibu tidur,” puji ayah perlahan.

Teringat ayah di awal permulaan perkahwinan, waktu beginilah ibu suka dengar ayah bercerita, ayah cerita pasal sejarah sampai ibu tertidur.

Ayah teringat ,sumpah teringat.

Ibu selalu tertidur selepas balik kerja dan akan berjaga sekejab awal pagi kemudian tidur semula.

Ayah perasan itu yang berlaku pada ibu.

Pada malam yang lainnya ayah mula mengambil telefon bimbit ibu dan melihat dengan siapa ibu selalu mesej, tengah masak, basuh kain, lipat kain, pun tersengih mesej.

Terkejut juga ayah bila ibu mesej dengan seorang lelaki yang digelar Mr Ofis. Perlahan lahan ayah selongkar pesanan ringkas, hmm tiada unsur pekerjaan pun, dan lebih kepada borak biasa. Ibu berahsia dengan ayah. Gambar gambar anak, tudung baru ,baju baru turut dikongsikan dengan Mr Ofis.

Berdebar hati ayah baca, lalu ayah letakkan kembali telefon ibu. Dan ibu akan bangun awal pagi untuk bermesej rupanya.

Ayah mulai rasa curiga. Cemburu ayah endahkan,ayah lupakan setelah ayah melihat Fatihah.

Hari ini hari minggu, selesai ayah dan ibu serta Fatihah kesayangan ,kami ke pasar basah untuk membeli barangan dapur.

“Ayah, semua barang dah cukup ker.? tanya ibu.

“Ibu beli la apa yang patut asal jangan membazir dah la, kita ni bertiga je ibu, yang selalu makan berdua..!” Balas ayah dengan nada tegas.

Selesai pulang dari pasar, ayah pula selesai tolong ibu dan bermain dengan Fatihah, seperti biasa kami makan bersama. Tapi mood ayah masih tidak elok pada hari itu.

“Sikit ayah Fatihah makan hari ni ” dua beranak bercakap di meja makan.

Fatihah akan tidur selepas zohor kebiasaannya.

“Ayah….ayah marah ibu ker.?Ada apa apa ibu buat sampai luka kan hati ayah..” Pujuk Ibu sambil memeluk ayah dari belakang.

“Eh! mana ada apa apa ibu,” balas ayah dengan suara garau.

“Ibu.! Ayah ada nampak ibu mesej seorang lelaki, bertukar gambar, tiap malam ibu akan bangun pagi, buat video call kat dapur, senyum senyum mesej..siapa tu ibu.?

” Ohhh ayah jeles yaaaaaa…”Ibu lentokkan kepala di dadaku.

“Kawan ibu itu, baik budaknya, dia banyak tolong ibu kat pejabat dan ibu senang berkawan dengan dia..kata ibu.

“Eh! awak ni..”tinggi nada ayah.

“Awak tu isteri orang ,janganlah rapat sangat dengan lelaki, nanti boleh timbul fitnah.”

“Ayah nak cakap apa cakaplah yang penting ayah tahu dengan siapa ibu berkawan, bukannya ibu tidur sekatil pun dengan dia”..

“ish sudah sudah la ayah..

“Ibu sayang sangat kat ayah, kat fatihah, love you mr husband..Saya sayang awak sampai bila bila ..”

kata kata ibu, buatkan ayah sejuk sikit.

“mmuahh”,kucupan di pipi ayah terima.

Hari pun berlalu pergi , begitulah ayah dan ibu bila tiap minggu, hari hari biasa ayah lah yang kemas rumah, makan minum Fatihah, berborak dengan Fatihah, walaupun sepatah haram tak faham. Fatihah, lebih rapat dengan ayah sebab ibu tak suka tengok Fatihah nangis, bila Fatihah menangis, ayahlah yang perlu memujuk Fatihah. Ayah pun pelik ,kerap sangat anak ayah nak menangis.

“Mesti nak membesar ni, bisikku”.

Hari ini ayah gaji dan hajat nak bawa Fatihah dan Ibu makan sedap sedap di Kedai Siam kesukaan ibu.

Mesej yang ayah terima,

” Maaf , today im so busy, as you know everyday im busy, weekend lah ayah kita keluar makan please.”

Fatihah pula masa ni lah nak tarik tarik kaki ayah.

“Fatihah, ibu balik lewat macam biasa. Dalam jam 10 – 11 camtu.” faham ke tidak hahaha.

“Nak sirap bandung, ” si pelat bercakap.

Selesai magrib, ayah pun membawa Fatihah naik motor vespa. Tak ke mana pun, ayah nak bawa Fatihah minum sirap bandung di kedai siam.

Sebelum sampai ke kedai makan, si Fatihah ni nak terkencing pula, Ayah pun berhenti di sebuah kedai steak untuk tumpang tandas bagi memenuhi hajat Fatihah.

Masakan pokok tidak bergoyang jikalau ada angin yang meniup.

Ayah nampak kelibat seperti ibu di kedai sebelah.

Sambil dukung Fatihah, ayah cuba dekat kan diri dengan kelibat itu, terkejut ayah , ayah nampak ibu tengah makan malam dengan seorang lelaki, sado badannya tak buncit macam ayah.

Ayah cuba lihat dari jauh, menonton apa yang mereka buat.Tidak pula ayah melihat kereta ayah yang ibu guna.

Pelbagai soalan bermain di fikiran ayah masa ini.

Tepat jam 11 malam mereka beredar dari kedai itu dan menuju ke sebuah kondo, ayah dan Fatihah mengikuti mereka. Rupanya ibu parking kereta di situ, dan kelihatan ibu mendapat hadiah, mereka bersalaman seperti biasa dan ayah pun beredar ke rumah.

Fatihah terlelap di atas moto.

“Minta maaf sayang, buat Fatihah tertido.Syahdu ayah rasa malam itu.”

………….

Ayah bersyukur sebab Fatihah tidak dapat lihat apa yang berlaku.

Kehidupan diteruskan, seperti biasa setiap pagi ayah akan hantar Fatihah ke Pusat Asuhan yang berhampiran dengan rumah.

Ayah pergi kerja tak tenteram jiwa ayah, semua kerja tak jadi, semua kerja tak siap.

“Ya Allah kuat kan la jiwa dan hati ku ini.”

Seperti biasa pulang, selepas ambil Fatihah, ayah pun duduk di rumah.

” Eh,! kunci kereta ibu ada kat rumah.? Ibu ada balik ke tadi..berkata ayah perlahan.

Malam ni ayah tak sedap hati, lalu ayah pun mula hidupkan enjin kereta dan menuju kedai semalam.

Ternyata ayah lihat ibu di sana sedang makan malam, gelak tawa penuh kedengaran di kedai, sayup dan sedih bergolak di dalam hati ayah.

Ayah cuba telefon , tapi Ibu tinggal telefon dalam kereta.

” Apa yang cuba Allah nak uji ni, bisikku .”

Terang dan nyata di dalam mesej sudah mula ada yang sayang , rindu.

Arghh..apa ibu ni..!

Ayah memberanikan diri, untuk panggil pelayan di restoran dan cuba menanyakan .

“Dik, sini jab.”

” Ada apa ya bang boleh saya tolong” balas pelayan restoran.

“Selalu ke pasangan di atas tu makan sini.”

“Setiap malam bang, dari lepas magrib terus ke sini, dorang tu kerja depan tu je.sempoi dorang bang” kenapa abang tanya?

“Maksud adik, setiap hari dari bulan bila.?” ayah bertanya untuk kepastian.

” hmmm..sebulan lepas ada “..

“terima kasih ya dik,” balas ayah.

Ayah segera mendapatkan Fatihah di dalam kereta, dan terus beredar dari situ.

“Kenapa ayah sedih, air mata ayah tu bersih, bersih macam hati ayah”. Sambil Fatihah lap air mata yang menitis guna baju ayah.

Seolah olah Fatihah memahami.

“Air mata masuk habuk ni sayang, sapa ayah.”

Malam itu ayah tunggu ibu, selepas jam 11 ibu pun balik.

“Aduh, penatnya sayang, banyak sangat kerja di pejabat, ada tender baru masuk.” dengan nada mengeluh.

“Ayah dan Fatihah makan apa malam ni? Tanya Ibu.

“Ayah kenyang, Fatihah pun dah bagi makan tadi, Fatihah cari Ibu hari ini, dia rindu kat ibu..” jawabku sambil menaip komputer riba.

“Alahai cian anak ibu rindu, ibu nak g jumpa Fatihah kejab lah.”

Ayah perasan, ibu bersahaja saja, penat ayah ditipu ibu sebegini, tapi ayah kuatkan semangat, fikir positif.

Lalu ayah pun tertido kepenatan.

……..

Kehidupan di dunia ialah perancangan dari Allah swt. Yang baik yang jahat semua telah ditulis.

Kita ibarat sehelai kertas putih, yang mencoretkan sebatang pen dan yang mewarnainya kita.

“Ayah tak pernah buat sesuatu yang pelik, ” bercakap sendirian.

Ayah mengambil cuti hari ini, Ayah mengambil keputusan untuk melihat ibu di pejabat.

Kata seorang gadis di situ.Ibu,  yang bernama ” Kamelia”,  tidak ada sebab ke site.

Ayah pun tunggu di pejabat ibu, lantas ayah duduk di meja ibu.

Mungkin ini cukup buat ayah terperanjat.

Banyak bunga,coklat, dan kata kata motivasi cinta di meja ibu.

Ada sesuatu yang ibu sembunyikan dari ayah.

Ayah tak cukup baik ke buat ibu?

Ayah tak cukup sayang ke kat ibu?

Ayah ni curang ke dengan ibu?

Ayah ni miskin ke ibu?

Berbagai persoalan bermain di fikiran ayah.

Di ruangan sudut kecil meja ibu ,ayah terlihat sekeping gambar,ibu bersama lelaki itu, ibu dah pandai free hair dalam gambar.

“Allahuakbar, dosa bini aku, aku yang kena.”

Lalu ayah beredar dari situ, dan terus pulang ke rumah.

Dengan membawa perasaan yang sebak, sedih,kecewa, ayah membawa diri.

Sedang dalam perjalanan balik, ayah telah mengalami kecelakaan. Sebuah lori telah melanggar motosikal ayah.

………

Kini ayah sudah tidak mampu bekerja lagi buat sementara, ayah tidak boleh berjalan, ayah hanya guna kerusi roda di rumah.

Di rumah, Fatihah lah yang akan melayan ayah. Ibu masih seperti dulu.

Malah ibu selalu cakap,

” Siapa nak beri nafkah saya ni, awak tu tak boleh kerja, ish, kena la saya pikul tanggungjawab awak ni, Nasib lah suamiiiii ..panjang ibu sebut.

“Dah ayah bukan minta nak jadi camni, ibu balik la awal , jaga ayah ni, kadang kadang susah ayah nak begerak.” jawab ku.

“Saya kerja la ayah, ayah kan lelaki ayah kena kuat ya.ok bye ” beredar lalu pergi.

Ini ialah ujian berat ayah terima, namun ayah redha, sakit darah tinggi ayah semakin teruk, mujur lah Fatihah selalu pesan.

“Ayah, makan ubat taw, Fatihah tak nak ayah sakit”

” Sekarang ni tak da orang nak bawa Fatihah jalan jalan taman”

“Ayah cepatlah sembuh, Fatihah rindu kat ayah kuat”.

Petah anak ayah berbicara.

…………

Satu hari Fatihah tidak ke pusat asuhan . Ayah terdengar Fatihah menjerit, segera ayah kayuh kerusi roda ke bilik fatihah.

“Fatihah mimpi apa, basuh kaki tak tu ,ish siang siang mimpi ”

Lantas, Fatihah bangun dan terus memeluk ayah dengan erat.

“Fatihah tak nak ayah pergi, Fatihah mimpi ada orang tua datang dan pergi pakai baju putih ,wangi bau dia macam bau ayah..”..menangis anak ayah dalam pelukan ayah.

“Hahaha, cakap apa sayang, mimpi siang mana boleh percaya, mimpi kan mainan tidur ,ish anak ayah ni”

“Fatihah suka kawan dengan ayah, ayah baik, ayah selalu buat Fatihah ketawa, ayah masak kat Fatihah, ayah hantar g umah umi, ayah bla bla bla ..”mengomel panjang si mulut muncung.

” Fatihah! panggilku.

“cuba buka mata, tengok muka ayah , nampak apa apa tak?”

Hmmmmm nampak muka je,jawab Fatihah.

“Hahahahahahahaah” gelak ku panjang.

“Ayah tengok muka anak ayah ni ada ada ada..

“Ada apa ayah, ” sentap Fatihah.

“Ada kasih sayang, jawab ayah”

Fatihah bekerut dahi memandang ayah dan kembali memeluk ayah.

“Sebagai ganjaran peluk kuat, mari ayah nyanyi satu lagu ,

“sayang sayang Allah, sayang sayang Nabi, sayang sayang Rasul sayang semuanya.”

…………..

” Pagi keesokannya sedang asyik ayah layan lagu ” back on the streets ” tiba tiba ayah teringat yang ayah lupa makan ubat. Kebetulan hari minggu ibu cuti. Ibu membawa ayah jumpa doktor untuk rawatan susulan.

Kata doktor ayah bakal pulih tak lama lagi, ayah merahsiakan dari ibu dan Fatihah untuk memberi kejutan.

Tak sabar ayah nak berdiri peluk Fatihah, bawak Fatihah jalan jalan, Cari kerja , cari nafkah untuk ibu.

————-

Ayah masih ingat lagi, ini merupakan saat yang pahit buat ayah dan Fatihah.

Suatu hari ibu balik marah marah, semua ibu marah, Fatihah, Ayah, jiran, seperti kene rasuk.

Takut juga ayah.

Ibu mula mengungkit segalanya dari dia bujang sampai sekarang.

” Aku bosan la dengan rumah ni, dengan suami yang cacat! Anak asyik tidur ,lepastu bangun menangis, duit aku simpan nak beli barang – barang mahal, semuanya banyak habis dekat kau dan Fatihah!

“Aku bosan lah,ingat makin senang ” kata ibu.

“Ibu…ibu kenapa ni? kenapa ungkit macam macam.? Ibu ada masalah apa? sambung ayah.

“Ahhhhh.! kau jangan cari aku, aku nak keluar sekejab dengan kawan aku, kau jaga Fatihah.

Dan.

Dengan kuat hentakan pintu ditutup.

Ayah berasa hairan kenapa ibu tiba tiba begitu, tiada angin, tiada ribut.

Ibu mungkin penat kata ayah.

Ayah pun terus ambil wudhu untuk selesaikan tanggungjawab.

Ayah mesej ibu dan ibu  baca, ibu pesan dia pulang ke kampung.

Apalah nasib ayah tak boleh jalan , ibu pula pulang ke kampung, tinggalkan ayah dan Fatihah.

“Mesti mak ayah akan tanya mengenai Fatihah “. berkata seorang diri.

Ayah nak balik juga macam ni ,tapi kereta ayah, ibu guna pula.

Ayah pun pergi mendapatkan Fatihah, Nyenyak anak ayah tidur, baik je Fatihah ni, Fatihah jangan risau, ayah akan jaga Fatihah, Fatihah lapar, ayah akan masak, Fatihah sakit , Ayah akan jadi doktor, Fatihah rindu, Ayah akan jadi hati kat Fatihah.

——–

2 hari berlalu, ayah tidak dapat hubungi ibu, masih tidak dapat.

Ayah pun hubungi mertua.

” Assalamualaikum Ayah.”

“Sihat ke dah makan ubat.? ”

” Alhamdulilahh sihat kata mertua ku ”

Berbual lah panjang kami lelaki, siap video call dengan Fatihah.

Satu pertanyaan Ayah mertua.

“Mana isteri kamu.? ”

“Eh! ayah bergurau pula, dia kan balik kampung ayah, kuat buat lawak kata ku.”

“Aik mana ada dia balik sini,!”

Maka perbualan kami menjadi panjang.

————

Keesokan harinya, ayah meminta pertolongan dari seorang sahabat untuk bawa ayah dan fatihah pergi klinik.

Ini merupakan hari gembira buat ayah, Alhamdulillah ayah sudah boleh berjalan semula.

Syukur Allah.

————–

Hari ini juga merupakan hari yang sedih buat ayah, ayah tak pernah minta semua ni berlaku, sesudah ayah sampai dirumah, Ibu meninggalkan notis untuk meminta cerai..

Allahuakbar ,dugaan buat ayah. Dan ayah juga mendapat notis sudah diberhentikan kerja di atas syarikat tempat kerja ayah muflis.

Satu persatu dugaan ayah terima hari ini, Allah nak uji ayah, tapi ayah tak kuat, hari ni ayah hilang segalanya, Allah bagi kaki ayah, Allah hilangkan tulang rusuk ayah, mata pencarian ayah.

Menangis ayah, Ayah kini sudah tidak ada apa apa, Ayah tak perlu balik ke kampung. Fatihah pun menangis tengok ayah.

“ayah jangan nangis, nanti Fatihah pun nangis, nanti Fatihah buat air sirap,’pujuk Fatihah.

Anak kecil ini seolah olah memahami apa yang ayah rasa.

” Kenapa lah ibu buat kita macam ni?”

” Ibu tak suka kita ke Fatihah.?”

nama Allah sahaja yang ayah sebut, sebak, sedih, impian ayah, keluarga, ayah gagal. ayah gagal.ayah gagal.

———

Selesai urusan mahkamah ,akhirnya cerailah ayah dan ibu. Hak penjagaan Fatihah ayah dapat, sebab Fatihah pilih untuk bersama dengan Ayah.

Ibu berlalu pergi dengan perasaan sombong dan berlagak, ibu datang dengan kawan dia Mr Ofis.

Keluarga kami juga terpaksa redha dan pasrah, keluarga mertua berasa bersalah sebab anak mereka bersikap mengejar kekayaan.

Kata ayah dengan redha,

” Kita yang ada ni cukup sekadar tengok apa yang kita ada sekeliling, Satu hari nanti Dia akan ambil kita juga, Bersyukur, kita kena belajar bersyukur.”

Perasaan sebak di dalam hati ayah, tiada siapa yang tahu, Fatihah sahajalah setiap malam tengok ayah menangis.

———-

Pejam celik pejam celik, Bulan Ramadhan pun tiba, Kehidupan Ayah dan Fatihah bertambah pulih dari hari ke hari, masa ke masa.

Hidup Fatihah, kini kurang lengkap tanpa ibu. Begitu juga ayah. Kami sangat merindui Ibu.

Ayah juga perasan anak ayah selalu mengigau sebut ibu.

Sebak hati ayah dengar.

Perkabaran dari mertua , mengatakan ibu sudah lama tidak pulang ke kampung. No telefon, pun sudah ditukar.

Tidak mengapa itu hal ibu.

Hal Ayah.? Semasa ayah tiada pekerjaan , ayah banyak dibantu kawan kawan persekolahan ayah, banyak salah , dulu masa bercinta dengan ibu, ayah buang kawan kawan ayah. Kini mereka dan isteri yang banyak bantu.

Malu ayah, namun mereka faham.

Ayah dah dapat kerja, kerja ayah di Pak Guard di sekolah menengah.

Zaman tu semua kerja biasa biasa , ekonomi semakin merudum. Ayah bersyukur kerana ayah ada kerja.

Ayah memilih kerja yang dekat dengan rumah, supaya senang ayah melihat Fatihah. Fatihah kini dijaga sementara jiran ayah. Kak Miha, Kak Miha yang banyak tolong Fatihah, ada kala fatihah rindu pelukan ibu, ayah akan bawa fatihah ke rumah Kak Miha.

Kak Miha juga seorang ustazah, setiap malam dia akan buka kelas mengaji di rumahnya.

Kereta ayah dah jual, ayah simpan duit jual kereta sebab simpanan untuk Fatihah.

Setiap hari ayah akan berbuka dengan Fatihah dan malamnya akan ke surau, tapi Fatihah ikut Kak Miha.

Selepas moreh baru ayah akan jumpa Fatihah.

Perkara paling mencabar buat ayah adalah mengejut Fatihah bangu sahur.

Sungguh liat, macam ibu dia dulu, teringat ayah nak kejut ibu subuh cukup susah. Habis kata kata manis dilemparkan baru lah terjaga, begitulah Fatihah sama .

“hehehehe ,” senyumku  seorang.

Begitulah hari hari ayah dan Fatihah ,memerlukan antara satu sama lain.

Bersyukur.

Suatu petang sedang asyik ayah melakukan kerja harian di sekolah. Ayah berasa kepala ayah pening sangat, macam kene tikam, dada ayah pun sakit. Lalu ayah rebah..


Pandangan ayah menjadi gelap. Ayah cuba membuka mata , terkejut ayah bila tengok suasana menjadi kelam…( Bersambung )

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s