Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkok

Perancangan kali ini bermula dengan idea seorang sahabat aku, katanya untuk training bagi acara petzl run..

Setelah banyak kali lipak. Akhirnya pada Sabtu pagi kami membuat keputusan untuk mendaki Gunung Gap Ulu Semangkok di Kuala Kubu Bharu.

Perjalanan dan perancangan kali ini dibuat saat akhir.

Macam biasa tak perlu banyak cerita , kali ini kami hanya berempat sahaja yang ingin mendaki.

Hari Pertama

Selesai makan malam, berkumpul di markas Kopi Liar Trekker.

1000 pm : Perjalanan kami menuju ke Restoran Mamak Farina maju ,Kuala Kubu Bharu. Bagi sesi carbo dan tapau segala keperluan untuk aktiviti esok.

Pemanduan di lebuhraya Utara Selatan kali ini tenang dan lancar. Menyusuri keluar lebuhraya dan terus menghala ke kuala kubu bharu.

Perjalanan mengambil masa sejam setengah untuk tiba di Farina Maju.

Hari Kedua.

Rehat dan tidur sekejap di dalam kereta sehingga jam 0700 pagi.

0730 : Selesai tukar pakaian untuk mendaki, kami memulakan dengan sesi panas badan dan mula mendaki.

Ini ialah permulaan mendaki dan sesi salam perkenalan haha. Memacak siut sampai 200 meter. Memang trek ni bagi betul kami bangun tidur. Dinasihatkan jangan ada makan berat sebelum layan pangok @ pacak ni.

IMG_20170319_074746

Habis nafas kuda jantan kuda betina semua terkeluar masa ni.
0830 : Pendakian singkat dan memenatkan akhirnya tiba di puncak gap 1183 m.

Di sini berehat selama 30 minit bagi sesi begambar sakan seperti di bawah. Dan mengenakan sarapan pagi ( tapau roti, kacang,coklat ) di petronas semalam. Perut mulai keroncong seperti ana.

wp-image-324922031jpg.jpegwp-image-1187230414jpg.jpegwp-image-1524530141jpg.jpegimg-20170319-wa0068.jpg

0900 : Memulakan pendakian ke gunung seterusnya. Ke gunung seterusnya pendakian sedikit menurun dan menaik dan menurun. Nak sangat!!! Roller coster youu..

Apa yang dalam pemerhatian aku, dianggarkan 2-3 bukit perlu dirumble untuk sampai ke puncak akhir.

Pendakian saat akhir akan mula kelihatan jika melalui kawasan tali dan merupakan bukit yang terakhir terus pacak ke puncak.

10.00 : Pendakian kami akhirnya tiba di puncak Gunung Ulu Semangkok 1394 meter.

Puncak yang agak luas dan bahaya, punca air tiada di sini, cuaca terbaik dan view memang ohsem.

Di atas ni ada beirut. Dan untuk tidur di puncak boleh dan terhad bagi aku.

Masa tiba di atas ni, banyak juga kumpulan pendaki yang lain, so?? gunung ni memang ada orang naik. uolss tak perlu takut sangat nak redah ok. ! Pastikan berani dan ada ilmu sikit hahaha.. Kene fit..hahaha.

Macam biasalah bila di puncak masing masing jadi model, jadi beruk, jadi binatang, jadi setan.

Gembira tak ingat dunia katanyaa.

Bergambar sakan sambil menikmati udara segar, turut  kelihatan kecil sang Genting Highland dari puncak sini.

IMG_20170319_104859IMG_20170319_103403IMG_20170319_103325IMG_20170319_102831IMG_20170319_102011IMG_20170319_102007

Acara makan makan apa yang ada diteruskan.

IMG_20170319_102252IMG_20170319_102804IMG_20170319_102037IMG-20170319-WA0007

IMG-20170319-WA0026IMG-20170319-WA0048IMG-20170319-WA0062IMG-20170319-WA0058IMG_20170319_101934

12.00 pm : Selesai say goodbye to everyone yang nampak dan tak nampak kami mula turun dari puncak menuju ke puncak gap semula.

Perjalanan menurun dan easy. Hati hati turun dan ingat B.P.R ( Buddies, Pace, Regroup ).

12.30 pm : tiba di Gunung Gap, dan regroup tunggu group yang dibelakang.

Sampai di sini perut mula buat hal, apa nak buat? Berak la brada tak nak citer hahahaha.

Hujan mulai turun lebat di Puncak gap. Kami masih menuggu kumpulan akhir untuk tiba.

13.00 pm : Perjalanan menurun diteruskan kali ni hujan dan trek licin. Sebarang aktiviti racing tidak dibenarkan. Besar akibat cedera ringan nanti.

Kebiasaan mendaki semua akan teruja dan tak ingat dunia, dan kebiasaan menurun pasti ada yang cedera ringan. Seorang pendaki bersama kami mula terasa lutut sakit.

Maka perjalanan menurun kami sedikit lewat dan perut juga lapar.

Sedikit sedikit perjalanan diteruskan dan dengan izin Allah kami dapat tiba di bawah sebelum lewat petang.

14.00 pm : Tiba di parking.

Advertisements

4 thoughts on “Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s