Pendakian Gunung Suku

Hi.! Lama tak menjenguk dalam blog ni, Almaklumlah di atas kesibukan dunia , hampir terlupa segalanya …tidak termasuk orang tersayang.~ Cewah.

So apa cerita petang ni.? Ini yang nak kongsi sikit ni.

Aktiviti pendakian kali ini, difikirkan saat saat akhir, namun ianya berakhir dengan cemerlang.

Pada Sabtu yang lepas, kami berempat ( Cik Wani, Ijat, Cik Jawa ), meninggalkan ibu kota pada jam 12.00 tgh malam. Kami selamat tiba di Rnr Simpang Pulai untuk berehat pada jam 3 pagi.

Tanpa membuang masa , kami tidur dengan aman sambil ditemani bunyi lebuhraya Utara – Selatan yang hmmm..

Perjalanan diteruskan pada jam 7 pagi, untuk trip pendakian kali ini, kami hanya menggunakan ” share location – starting point ” menerusi aplikasi whatsapp kiriman rakan kami yang mendaki pada hari sebelumnya.

20 Minit tiba sudah kami di tempat letak kenderaan kereta. Fuhh tepi highway habak ang. Pastikan kereta korang dikunci rapi, dan tiada barang berharga di dalam kereta.

Jam menunjukkan 0800 am : Bermulalah pendakian kami pada hari itu dengan tawakal dan bismillah, dalam kumpulan kecil ini tidak seorang pun yang pernah menawan puncak Gunung Suku ini. Apa ada hal , redah sajalah.

Pendakian menuju ke puncak memang memacak, aku kira tiada langsung tempat yang rata, keadaan hutan agak basah dan sejuk.

Trek juga jejaknya masih senang di baca, kami hanya berpandukan marking dan kesan tapak kaki sahaja.

Setelah beberapa jam mendaki, akhirnya tiba di water point. Punca air untuk refill. Tidak digalakkan minum kerana air sungai kecil dan tidak laju arusnya, tapi sejuk fuhhh..lega la juga buat basuh muka dan tahi mata.

Untuk mendaki ke Gunung Suku, anda digalakkan membawa air minum sendiri at least 2 botol besar.

Selepas jumpa water point, ikut arah ke kanan untuk sekali lagi melayan pacak, dan aku harap ianya yang terakhir, namun siapa sangka, bila laju je naik kejar matahari, rupanya puncak tipu.

3 jam pendakian akhirnya sampai juga kami ke Puncak Gunung Suku.

wp-image-970016844jpg.jpegwp-image-1202960428jpg.jpegwp-image-1802376769jpg.jpeg

IMG_20170521_152418IMG_20170521_152415DCIM107GOPROG1400347.

Di atas puncak juga terdapat kumpulan pendaki lain dari teluk intan, rupanya sahabat kami juga yang ke Relau tempoh hari.

Aduh kecilnya dunia.

Misi akhir sebelum Ramadhan selesai.

Nak cerita lebih, pengalaman pewai tu biasa dah, nak cerita seronok ke tak seronok, sila tengok gambar.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s