TEMPAT YANG MENARIK DI LOMBOK

“LOMBOK I LOVE YOU”

Kalau yang jenis layan lagu irama reggae, mesti tahu lagu ni, tapi tujuan aku bukan untuk bagi lirik atau link untuk download lagu dorang tau. HAHA.

Sekadar untuk perkongsian semua yang selalu follow and baca blog MR NAIS ni,

Seperti yang kita tahu LOMBOK, INDONESIA merupakan satu destinasi  yang sering kita baca dalam surat khabar , blog yang HANGAT kes kes penculikan dan kes kes orang Malaysia terutama WANITA yang ikut jejaka LOMBOK ke sana dan tak balik balik. TAPI ITU ZAMAN DULU LAH.

TAPI!!!! Ceritanya baru aku tahu memang betul…fuhhh serammm…

JANGANLAH TAKUT SANGAT !! itu generasi zaman dulu tau, kini LOMBOK merupakan pusat pelancongan yang paling unggul.

Nanti tengok gambar gambar di bawah.

Day 1 : Perjalanan ke Lombok by Air Asia hanya mengambil masa 3 jam. Lombok terletaknya di sebelah Bali, merupakan Pulau Kecil tapii besar wehh penat giler jalan, tu pun tak habis ronda. Sampai je kt Aiport Lombok, korang kene lepas semua imigresen kat sana – KETIBAAN INTERNATIONAL.

Jangan lupa untuk isi Declaration Form semasa nak check bag di kastam ya. Satu borang untuk satu kumpulan sahaja, janganlah gigih nak isi semua orang ya.

Selesai Kastam, maka perjalanan diteruskan menggunakan KIJANG ( BUKAN BINATANG ) Avanza 5 seater. Lokasi pertama ialah singgah minum di Restoran di Grand Royal Hotel, merupakan hotel transit jaraknya hanya 5 minit sahaja di airport, Singgah solat Jumaat di sini.

  • Sasak Village Sukarare – kat sini korang boleh tengok cara orang tradisional Sasak buat tenunan, kat sini juga pelbagai kain tenunan yg bagus bagus boleh beli, tapi harganya mahal sikit lah.
  • Singgah makan di Restoran Nasi Ayam Tali Wang, merupakan makanan tradisional dan terkenal di Lombok, you guys should try this tau! Satu set sekitar 80 000 rupiah termasuk air kopi ais.
  • Shopping di PRADJE, sini design tshirt terbaru dan menarik weh, terutama t shirt lelaki , PASTIKAN korang beli t shirt Lelaki kat sini, barang barang kraf, wanita mahal kat sini.

 

  • Shopping di LOMBOK EXOTIC CENTRAL, sini barangnya sama je macam kedai kat atas ni, tapi design semua tak update dan key chain menarik di sini, RUGI TAU!

dav

Seterusnya layan sunset di Pantai belakang hotel Jayakarta, cantik giler view pantai dan sunset kat sini, KORANG BOLEH NAMPAK BALI kat sini, Gunung Agung tersergam indah dari pantai ini.

Makan malam kami pada hari pertama di Hotel Jayakarta, sebab malas nak jalan jauh haha.

sdr

Check in Hotel Holiday Resort ,Lombok, terletak di daerah Mangsit dan korang perlu tahu kalau lain kali nak tidur di LOMBOK , cari hotel macam Puri Saron, Bukit Senggigi sebab dekat dengan town dan suasana meriah kat sini. Kami tidur di Holiday Resort sebab perlukan rehat dan tenang sikit. Jauh sikit dari town Senggigi.

Day 2 : Selepas sarapan pagi di Hotel – acara bebas dan berehat di hotel, hotel kami belakangnya view pantai, pool cantik, dan enjoy semuanya. Jam 12 terus ke Local Restoran ( LOKAL RESTO ), untuk makan Nasi Ayam Tali wang lagi. Perjalanan selepas tu kami ke Kg Benang Setokel, perjalanan mengambil masa dalam 1 jam setengah macam tu. Air terjun Setokel memerlukan korang trekking sejauh 30 minit dan enjoy air terjun dia memang lawa. Seterusnya ke Air Terjun Benang Kelambu, pun korang kene trekking dalam 15-20 minit, CANTIK WEH, sejuk je air die sempat gak lah celup muka. Menaiki Ojek( Motor Supir aka Teksi ) dalam hutan..kaum hawa pun ada buat ojek nih. Untuk ke parking kereta hanya 10,000 Rupiah seorang sehala. Rehat makan petang di sekitar pintu masuk Benang Setokel.

 

Makan malam pada malam tu sebab semua penat kitorg disajikan buffet di Pradje restoran.

Alhamdulillah perut dah kenyang – pusing pusing kawasan pantai Senggigi dan pekan Senggigi sebelum masuk hotel untuk berehat.

Day 3 : Selesai sarapan pagi, check out dari Holiday Resort dan terus membeli oleh oleh lagi, kira last minit lah haha..terus ke Banyumulek, untuk lihat seni kraft tanah liat, ukiran. Kat sini ukiran murah murah korg boleh beli, astray rokok, kerusi kayu, pasu, hiasan rumah. Aku dapat lah beli astray 3 biji – RM  100,000 Rupiah.

Seterusnya melawat Sade Village. Sini unik beb perkampungan dia kecik, dan terdapat 150 buah rumah etnik kaum sasak ORIGINAL di sini. Dorang meniaga senin kraft, kain , bag bag perempuan, kat sini MURAH , korang kene beli ya, rugi tak beli. Kami juga sempat berborak dengan seorang warganegara MALAYSIA, orang JOHOR yang tinggal di sini dan menjadi kaum sasak, akibat ikut isteri. Singgah makan tengah hari di Lokal Restoran.

 

Trip diteruskan ke Tanjung A’An ( Kawasan pantai yang bagi aku cantik giler ), kat sini aktiviti sunset dapat dilihat di Bukit Meresek, korang boleh layan gambar gambar yang aku sempat shoot kat sini. Lawa serius!!! Korang buatlah aktiviti kat sini, pantai berangin walau panas.

Seterusnya ke PANTAI KUTA MANDALIKA, kalau nak tahu few years coming akan dibangunkan litar Formula one ala ala Litar Monaco, tapi versi Lombok! Confirm tempat ni BOOM!!!

Pantai Mandalika sesuai untuk ahli keluarga piknik, layan kelapa, kat sini ada taman permainan mini.

Jam 3.00 petang kami ke Aiport untuk membawa semua kenangan ke Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s