Taiwan Oh Taiwan Day 2

 

Hari Kedua : Assalamualaikum and Good Morning ****versi Bob Yp****, Sarapan pagi dulu sebelum berangkat, sarapan pun roti jer kat sini, hotel taraf 4 bintang tapi tak mesra muslim. Aku masih lagi mencari cari apa yang dimaksudkan Taiwan ni Muslim Friendly. Selesai sarapan kami berangkat terus menuju ke CKS Memorial Hall, kat sini best , dapat tengok dataran , orang kawad, memang cantik giler bangunan dia dan suhu hari kedua mencecah 16*celsius..Orang Malaysia mula lah misi mencari toilet..

Nak pesan sila standby Air mineral dan tisu sendiri jika menggunakan toilet di taiwan.

Meh Bang Deham tunjuk sikit gambar CKS Memorial Hall.

dav

dav

Setelah menghabiskan masa dekat sejam setengah dekat sini, ke tempat seterusnya .Yeah!! ini yang ditunggu tunggu nih. Perjalanan ke Shihfen Sky Lantern mengambil masa dalam sejam lebih sikit. Boleh la buat lelap mata, mengantuk oi!

Shihfen Sky Lantern ni merupakan tempat orang main lepaskan tanglung.Memang teruja nak sampai sini, korang bayangkan lah dalam hutan ceruk, kawasan sejuk ada aktiviti ni, memang unik.

Kalau tengok gambar kat bawah ini, dorg lepaskan Lantern atas rel keretapi dan masih aktif lalu lalang! wow! korang kene try beb, aku tengok budak backpacker tak sampai sini .

 

Apa macam menarik tak gambar bang deham kikiki..Bukan selalu merayap dek non oittt!!!!

Setelah basah ketiak di sini , terus menuju ke restoran untuk makan tengah hari. Lapo weh.

Makan tengah hari kami disediakan di Jiufen, Restoran Chiufen Miner Restaurant. Dekat sini makan best !! sedap oiii, terasa Taiwanese punya food taw.

 

 

Seterusnya kami menuju tempat yang paling rare, banyak giler pelancong jepun datang semata mata untuk ambil gambar bangunan tuh. Dari parking bas ni , perlu jalan kaki menaiki tangga ala ala batu caves. Tak lama pun sampai top hanya mengambil masa 30 minutes. Dekat Chiufen ni korg boleh la shopping souvenier, baju, dll. Untuk pengetahuan kat Taiwan ni barang mahal berbanding negara lain. Mana mana kawan yang kirim please…jangan kirim air liur hahaha..

dav

Tinggi tak?

dav

Pelancong Jepun

sdr

Top View

Ni pulak nak share gambar yg menjadi kegilaan pelancong Jepun yg gemar datang ke sini.

sdr

Sorry gamba kurang menyerlah

sdr

Ramai kan?

Penat semakin penat, haha..tempat seterusnya makan malam di Ding Xian 101..Fuh tinggi beb macam makan kt Menara KL. Perjalanan dari Jiufen ke Taipe 101 mengambil masa dalam sejam lebih gak lah, campur trafic light, dari kampung ke town biasalah jem nya padat..

Semakin hari semakin halal gitu..Dekat Ding Xian Restaurant ( Taipei 101 ) merupakan salah satu yg ada Halal Certificate, so bedal ada semua atas meja ya. Jangan ragu ragu, Kos makan di sini RM 450 seorang! WOW ! Pelik betul aku, halal je mesti mahal.

 

Habis je makan malam kami terus ke hotel untuk berehat, esok nya macam macam lagi tempat nak pergi jang!!

Leave a comment