Kenapa Eta Visa Australia Tak Lulus.?

hi semua bertemu lagi dalam satu lagi entry, sejak akhir akhir ini banyak customer bang deham tak lulus, not granted, dan ada pula yang lulus dan status kene refer pada immigration. Aduh macam mana pulak tuh.? Pening lalat kan.?

Bang Deham lagi la mabuk nak melayan sebab apa yg immigration australia buat macam tuh.

Untuk info semua, saya hanya submit passport detail melalui sistem Gds ( Ticketing ) dan sebarang kata putus approved atau tidak , kita akan dapat tahu dalam eta tersebut.

Email yg kita key in ialah email anda, sebab itu penting email tersebut untuk digunapakai, Pastikan email korang the real email, janganlah letak beruang@gmail ke, saya2020@gmail ke, dragonfly2019@ gmail ker kan, pastikan email tuh valid dan diguna khas untuk kerja kerja mahupun urusan penting.

itu antara yg bang deham dapat info dari immigration, dengan keadaan semasa sekarang di mana, banyak kes rakyat Malaysia salah guna visa, ada yang jadi penyamun, melacur pun ada, jadi memang sentiasa akan ada perubahan dari pihak immigration sana.

Kebanyakan status visa dia yg tidak menunjukkan lulus ( Approved ), kebiasaan immigration akan email korg dan suruh apply visa tourist.

Ingat yer ETA dan Tourist Visa sangat berbeza.

Boleh refer dekat website ini ; https://www.homeaffairs.gov.au/

Refer jenis visa korg : https://immi.homeaffairs.gov.au/visas/getting-a-visa/visa-listing

Sedikit sebanyak penjelasan di atas dapat difahamkan ya.

 

Bagi yang berminat nak apply Etas untuk tujuan melancong, boleh terus whatsapp saya , nombor ada tertera di entry sebelum ni ( saja bagi korang view blog aku hahahah )

 

Ni ada sikit feedback client yg sempat bang deham snap kan;

IMG_20190529_141626IMG_20190529_141600IMG_20190529_141542IMG_20190529_141516IMG_20190529_141449IMG_20190529_141430IMG_20190529_141407IMG_20190529_141349IMG_20190529_141327IMG_20190529_141258

Taiwan Oh Taiwan Day 3 & Day 4

Hari Ketiga – selepas sarapan pagi, membawang, merokok, mengvape, perjalanan diteruskan ke tempat pertama : Dansui Fisherman Wharf di daerah Dansui ( Tamsui ) , lokasinya dekat je , terletak di utara 20 minit dari penginapan kami.

btr

View dari atas jambatan

btr

Jambatan Love

btr

View

btr

Boat parking area

btrhdr

Nelayan drop ikan

btr

view full Love Bridge

btr

Bang Deham yg Kacak

dalam 40 minit dekat sini, tempat seterusnya kami akan ke pusat bandar Dansui, dekat sini merupakan tourist spot area, pelbagai minuman, cenderamatam baju, korang bleh dapatkan kat sini. Namun harga tetap YAHUDI, keychain pun banyak dekat sini, leather product, kasut dan lain lain lagi.

Kat sini lagi sekali gagal mencari logo halal untuk kedai makan, tapi ada satu je kedai turkey, kedai aiskrim yg selalu mainkan pelanggan. Boleh rujuk gambar di bawah.

hari ni  tak banyak nak taip sebab malas sangat !! haha.

btrhdr

street view

btrhdr

street view

btrhdr

street view

rbthdr

street view

btr

street view

btr

Bang Deham yg Kacak lagi

btr

Kedai Halal

 

Dalam tengahari kami meneruskan perjalanan ke Yehliu Geopark, kat sini kalau korg google memang cantik beb tempat dia. Ok Ok perjalanan menuju ke Yehliu mengambil masa dalam 1 jam setengah. Sebab Yehliu di kawasan pantai.

Tiba di Yehliu, kita makan dulu, kat sini memang tak ada makanan halal tapi seafood restaurant memang banyak. Kami pun pekena lah restoran seafood nama nya ialah

Yehliu Meikuanyuan seafood restaurant. Boleh tengok gambar di bawah.

btr

fresh seafood

btr

fresh seafood

btrhdr

fresh seafood

btrhdr

fresh seafood

btrhdr

fresh seafood

Selesai makan , beratur panjang ke pintu masuk Yehliu, dekat je 3 minit jalan kaki, Geopark ni merupakan tempat yang rare bagi aku, kawasan pantai yg di mana terhasil batu batuan yg unik tumbuh di persisiran pantai. Gamba tak banyak yg boleh ambil sebab hujan turun bagaikan mutiara. Kemudahan tandas, coffee shop ada disediakan di sini.

Today is tight day! very tight ooi, abes je aktiviti dekat Yehliu, kita terus menuju je town balik untuk melawat Masjid Taiwan, Alhamdulillah ada jugak masjid  kt negara Taiwan ni, Difahamkan hasilnya masjid di sini disebabkan gabungan ngo ngo seluruh dunia, antaranya termasuk ngo negara kita Malaysia. Kerajaan Taiwan sendiri tak pernah iktiraf masjid di sini.

Masjid ni terletak dekat dengan kawasan university, di sebelah masjid korg boleh dapatkan kedai halal muslim, jual bakso ke mee daging tak silap.

 

Kedai Halal Royal

Kedai Halal Royal

Seterusnya kami melawat kedai buat kek terkenal di Taiwan, kat sini korg boleh rasa pelbagai kek, biskut dan beli haha.

Memang ramai pelancong, masa pun tak banyak dekat sini.

Selesai membeli kek dan habis duit di sini kita pergi satu port pasar malam yg bagi aku semua mampu milik dekat sini, tapi pilihan tak banyak , banyak kedai jual benda sama sahaja. Sini keychain, baju, mainan memang murah. Korg boleh beli untuk bawa balik dekat kawan kawan.

Hati hati sebab sini crowded area, pickpocket pun banyak. orang memang ramai macam suasana esok nak raya doh.

btr

street shop

btrhdr

street shop

btr

street shop

btrhdr

btrhdr

btr

 

Dan balik ke hotel untuk rehat.

Hari Keempat selepas sarapan terus ke airport untuk balik ke Kolumpo.

Jumpa lagi di entri yg lain untuk  destinasi yang lain.

 

btrhdr

Airport Counter

btr

Halal Food Airport Plan

btr

Close

btrhdr

Taiwan Airport

btr

Musolah

Taiwan Oh Taiwan Day 2

 

Hari Kedua : Assalamualaikum and Good Morning ****versi Bob Yp****, Sarapan pagi dulu sebelum berangkat, sarapan pun roti jer kat sini, hotel taraf 4 bintang tapi tak mesra muslim. Aku masih lagi mencari cari apa yang dimaksudkan Taiwan ni Muslim Friendly. Selesai sarapan kami berangkat terus menuju ke CKS Memorial Hall, kat sini best , dapat tengok dataran , orang kawad, memang cantik giler bangunan dia dan suhu hari kedua mencecah 16*celsius..Orang Malaysia mula lah misi mencari toilet..

Nak pesan sila standby Air mineral dan tisu sendiri jika menggunakan toilet di taiwan.

Meh Bang Deham tunjuk sikit gambar CKS Memorial Hall.

dav

dav

Setelah menghabiskan masa dekat sejam setengah dekat sini, ke tempat seterusnya .Yeah!! ini yang ditunggu tunggu nih. Perjalanan ke Shihfen Sky Lantern mengambil masa dalam sejam lebih sikit. Boleh la buat lelap mata, mengantuk oi!

Shihfen Sky Lantern ni merupakan tempat orang main lepaskan tanglung.Memang teruja nak sampai sini, korang bayangkan lah dalam hutan ceruk, kawasan sejuk ada aktiviti ni, memang unik.

Kalau tengok gambar kat bawah ini, dorg lepaskan Lantern atas rel keretapi dan masih aktif lalu lalang! wow! korang kene try beb, aku tengok budak backpacker tak sampai sini .

 

Apa macam menarik tak gambar bang deham kikiki..Bukan selalu merayap dek non oittt!!!!

Setelah basah ketiak di sini , terus menuju ke restoran untuk makan tengah hari. Lapo weh.

Makan tengah hari kami disediakan di Jiufen, Restoran Chiufen Miner Restaurant. Dekat sini makan best !! sedap oiii, terasa Taiwanese punya food taw.

 

 

Seterusnya kami menuju tempat yang paling rare, banyak giler pelancong jepun datang semata mata untuk ambil gambar bangunan tuh. Dari parking bas ni , perlu jalan kaki menaiki tangga ala ala batu caves. Tak lama pun sampai top hanya mengambil masa 30 minutes. Dekat Chiufen ni korg boleh la shopping souvenier, baju, dll. Untuk pengetahuan kat Taiwan ni barang mahal berbanding negara lain. Mana mana kawan yang kirim please…jangan kirim air liur hahaha..

dav

Tinggi tak?

dav

Pelancong Jepun

sdr

Top View

Ni pulak nak share gambar yg menjadi kegilaan pelancong Jepun yg gemar datang ke sini.

sdr

Sorry gamba kurang menyerlah

sdr

Ramai kan?

Penat semakin penat, haha..tempat seterusnya makan malam di Ding Xian 101..Fuh tinggi beb macam makan kt Menara KL. Perjalanan dari Jiufen ke Taipe 101 mengambil masa dalam sejam lebih gak lah, campur trafic light, dari kampung ke town biasalah jem nya padat..

Semakin hari semakin halal gitu..Dekat Ding Xian Restaurant ( Taipei 101 ) merupakan salah satu yg ada Halal Certificate, so bedal ada semua atas meja ya. Jangan ragu ragu, Kos makan di sini RM 450 seorang! WOW ! Pelik betul aku, halal je mesti mahal.

 

Habis je makan malam kami terus ke hotel untuk berehat, esok nya macam macam lagi tempat nak pergi jang!!

Taiwan Oh Taiwan Day 1

Lama benor rasanya tak update blog ni. Tak apa lah janji gamba semua simpan dekat sini kan, Kalau simpan dalam phone, corrupt, lah apa lah. Oh letihhhh!!

Sepanjang pemergian aku ke Taiwan selama 3 Malam, sedikit banyak mengajar aku pasal sesebuah negara tersebut. Ini merupakan pengalaman pertama aku melawat negara Cina.

Untuk pengetahuan semua, kat Taiwan ni dorang tak import barangan dari China, atau negara lain, dorang banyak guna produk sendiri. yakni buatan Taiwan sendiri. So memang susah la korang nak compare barang yg korg suka kat sini weh.

Sebab tu negara dorang guna Taiwan Dollar. Maju dengan produk negara sendiri.

Ok kita mulakan Hari pertama aku di Taiwan, aku menggunakan kapal terbang Malindo.Penerbangan aku seawal jam 7.10 berangkat dari Terminal Klia1 menuju ke Taoyuan Airport. Biasalah bang deham selaku Tour Leader kali ni maka tak banyak gamba sendiri hee.

Hari Pertama : Setibanya kami di Taoyuan airport, macam biasa sebelum ambil bagasi ( bag ) kita kene isi custom declaration form ( white card ) boleh ambil terus sebelum ke imigresen. Padu giler!! kene beratur dekat 40 minit kot , baru sampai turn ko mengadap imigresen dorang. Airport dorang tak la besar berbanding Klia2 kita lagi besar dan mencarut carut nak sampai ke imigresen hahaha.

Setibanya di Taiwan , kami terus mengisi perut yang kosong di “TAOYUAN CITY SUITES HOTEL- HAIBAWAN RESTAURANT”. Aku tak recommend sangat kat korang yang ke Taiwan makan kat sini, ruang untuk solat pun tak ada doh. Tapi kami hanya makan vege meal sahaja bagi proses pengisian perut yang krutt kruttt ni.

 

Selesai Makan tengah hari , perjalanan diteruskan menuju ke Tashee Flower Ocean ( Taman Bunga ). Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 40-50 minit.Dekat sini kami diberi peluang untuk membuat bunga , nak cakap camna erk.haa.. lebih kurang bunga rampai kot. Korang boleh tengok gambar yang aku tepek nih.

 

 

 

 

Dan selesai sejam lebih aktiviti di sini, perjalanan diteruskan menuju ke Hotel Park City untuk kami berehat.