Kembara Old City dan Hebron

Ini adalah kesinambungan dari episod yang lepas.

Hari 4 : Jam 4.00 pagi kami dah bermula berkumpul di lobi hotel bagi menunaikan subuh berjemaah, kami tak lepaskan sekali pun utk berjemaah setiap waktu di Masjid. Ini lah masa yg kami tunggu dari kecik lagi, yg semua org tunggu, niat kami nak ke Al Aqsa.

davdavdavIMG-20191206-WA0063

Hari ni merupakan hari Jumaat, maka lawatan kami agak terkejar kejar sedikit. Dimulakan ke Dome Of The Rock, Masjid Kubah Kuning yang ramai orang salah sangka yakni menganggap ini sebagai Masjid Kibli. Di dalam Dome Of The Rock ini terdapat batu hamparan yg menjadi tempat Nabi Allah Rasul Allah Muhammad Saw naik ke langit bagi peristiwa Israk dan Mikraj.
Aku sempat melihat dengan kepala mata sendiri, dan berpeluang merasa batu itu menggunakan tangan. Licin dan Wangi.

IMG-20191206-WA0066davdavdavdavdavdav
Seterusnya terus ke Masjid Kibli yang asal yakni di bawah tanah.Subahanallah kt sini merupakan masjid asal yang menjadi peristiwa Rasulullah SAW menjadi imam kepada nabi nabi. Di sini juga terdapat peninggalan tiang besar yg dibina oleh jin pada zaman nabi Sulaiman A.s.

davdavdavdav
Kami juga ke masjid Musalla Al Marwani di sebelah kiri dari Masjid Kibli.
Pada masa dikuasai tentara salib, Musala Marwani dijadikan sebagai kandang kuda hingga Shalahuddin Al-Ayyubi membebaskan Masjid al-Aqsa, beliau mengembalikan Mushala ini ke fungsi asalnya sebagai tempat pemerataan sisi utara dan selatan masjid serta sebagai tempat penyimpanan.
Bekas tambat kuda di tiang masih kelihatan spt gambar di bawah.

davdavdavdav
Di sini juga ada ruangan dimana Mariam As sering bersolat di sini.

dav
Seterusnya kami ke Masjid Buraq, dekat sini dapat disaksikan dengan kepala mata sendiri, besi yg digunakan tambat buraq.
Saya share kan beberapa gambar seperti di bawah.

davdavdavdavdavIMG-20191213-WA0141IMG-20191213-WA0144
Selesai program untuk separuh hari ini, maka kami teruskan solat jumaat berjemaah di kompleks Al Aqsa, muslimah juga turut menunaikan solat jumaat di sini.
Berjalan di sebalik lorong lorong menuju ke Gereja Holy Sculpture, merupakan gereja yg suci bg agama kristian dan kunci gereja ini dipegang oleh keturunan Nabi Muhammad saw .Kenapa terjadi mcmni? Sebab perjanjian semasa zaman Saidina Umar dahulu.
Apa yg ada di dalam Holy Sculpture ini? Korang akan dpt tengok tempat bagaimana kaum kristian menangis terkenangkan Jesus.
Dari tempat Jesus di Salib – dimandikan – dikapankan – dan Makam nya.
Seterusnya ke Via Dolora , terdapat lorong 7 dipercayai lorong terakhir yg dilalui Jesus sebelum di Salib.

IMG-20191213-WA0133davdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdav
Dari situ kami ke tempat Yahudi pula, menuju ke tembok barat ( wailing wall ) di kawasan Old City ini akan dpt kita saksikan Yahudi style, Yahudi Generation, dan semua Yahudi lah, memang ada rasa geram sikit lah kan..Tapi kita nak tahu sejarah, kene lah lupakan heee..
Kat sini dapat disaksikan dinding ratapan yg diratap segala dosa oleh kaum Yahudi, jurupandu bawak tengok dari jauh jer, view dari atas.

davdavdav
Dan dari situ kami berjalan ke luar kota lama dan terus ke hotel bagi makan tengahari dan bersiap siap utk solat magrib pulak.
.
Hari 5 : Perjalanan hari ini menuju ke Bethlehem, bandar kristian di Palestine. Dan Menuju ke makam Nabi Daud As , kat sini kami di bawa melalui jalan rumah rakyat Palestine, amat berbeza dengan jalan yahudi, dari segi fasiliti, kotor, berdebu, anak anak Palestine masak di tepi jalan, meniaga buah dan meminta sedekah dari pelancong.

davdavdavdavdav

Ke Makam Nabi Ibrahim a.s, amat mengecewakan kami kerana Makam ini telah dirampas oleh Yahudi utk dijadikan tempat suci bagi mereka. Nak masuk ke makam ini kami perlu tempur pagar besi yg scan badan kami.
Macam masuk stadium dan sekeliling atas kepala penuh dengan askar zionis memegang senjata memerhatikan kami. Dekat sini jugak dulu pernah berlaku umat islam ditembak beramai ramai ketika solat jemaah. Dan punca dari itulah Yahudi ambil alih makam ini.
Dua makam yg telah diambil yahudi dan diletakkan di dalam tempat suci mereka ialah Makam Nabi Yaacob dan Siti Sarah. Terdapat ruangan kecil dimana tulang tulang nabi yg ditanam bersama di bawah makam. Hanya dapat melihat licin licin kecil sbb gelab keadaan di bawah sana.
Kawasan persekitaran berbukit yg dipanggil Al Khalil
Kat sini juga hya dibenarkan ambil gambar di kawasa makam sahaja, lorong dan perjalanan menuju ke makam tidak boleh bergambar.

davdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdavdav
Perasaan syahdu, geram ,marah tak terkata melihat bangsa yahudi buat sebegini mengiringi kami ke hotel utk berehat.

Leave a comment