Kerja Semasa Covid-19

Tahun 2020 nih banyak peluang pekerjaan yg  terkesan. Ada yg Engineer, IT Developer, Operator Kilang, Perhotelan, dan semestinya sesiapa yg berada di dalam industri pelancongan. Kau bayangkan belajar beberapa tahun masa diambil utk segulung diploma atau ijazah hancur dalam sekelip mata.

Yg kau akan nampak ialah masa depan kau dah hancur selagi mana wabak covid-19 ini terus menghantui dunia.

Lambat bro nak pulih balik,
Ini zaman, ini tahun membuatkan ramai orang terpaksa keluar dari zon selesa.

Ada yg buat 2-3 kerja sehari, kerja bukan nak kaya bro, tapi kerja sebab nak hidup.

Nak bayar hutang bank, nak sara keluarga,
Nak buat saving, bro cuba!, walaupun penat tapi harus kite teruskan.

Masa ni mula kau akan pikir ,
untung sapa yg belum sempat tgok dunia, dia tgok akhirat terus.

Kita yg masih bernyawa ni, bukan org biasa – biasa, byk cabaran dan tak semua yg mampu hadap sampai meninggal.

Saja nak citer ,lepas terkesan dengan PKP baru baru ini, muncul lah golongan penghantar makanan kt seluruh negara.

Dorang nih bukan background budak jalanan, tapi dari kemeja ke jalanan. Ini jer punca rezeki yg semua org mampu buat dan mampu dpt duit zaman 2020 ni.

Macam tempat aku, ada Grab food, Food Panda, Lalamove, Mr Speedy, Go Eat, Chup, Hungry, Kfc delivery, McD Delivery, Dominos delivery, Pizza Hut, EmrazGo, Fastrex, Tapaw , Mat Despatch, Tapaw, EmrazGo mmg korang akan jumpa dorang nih kalau korang part of it.

Kalau dulu, org anggap hina dengan gang gang nih, zaman 2020 semua sanjung dorg ni, nyawa 50-50 bos atas jalan ,semua org tahu, tapi demi pengguna ,kita sedia.

Di awal PKP dulu banyak pelanggan yg order barang @ makanan dari dorang, dan banyak juga yg kurang menyenangkan kerja dorang, sampai 5-10 minit masa menunggu di depan rumah, tu belum kira yg tak angkat call, bagi no telefon org lain, dan mcm mcm lah.

Berehat sekejab jumpa legend

“Kita sama sama jaga Kita,”
“Bang, hati hati,”
“Bang jgn lupa makan,”
“Bang bawak moto elok elok,”
“Biar lambat asal selamat,”

Cyberjaya
Subang
Puchong
Dengkil
Putrajaya
Laman Perdana
Seri Kembangan
Cyberjaya
Bangi
Ampang
Bukit Puchong
Batu Caves

Itulah antara kata kata dorang, kau bayangkan kau ride penat, panas bila ada org ckp cmtu, sebak doe..kalau hati rapuh mmg mengalir air mata, Tak caya cuba tya rider – rider tuh

Jadi rider kene kental, hujan panas, bangau sidai semua kita sabar .

Saban hari senario ini mula berubah sedikit demi sedikit. Semakin hari semakin ramai yang hilang punca pendapatan.

Tak tentu pulangan rezeki yg kami dapat sebagai rider,

Ada hari dapat ratus
Ada hari dapat puluh
Ada hari dapat ringgit

Itu belum kena yang dimana bila customer kau turun ke bawah sambil bawak anak anak dorang, ada yg dukung, ada yg anak anak berlari menyambut kedatangan rider.

Mcm mcm kerja makanan ,dropship rupanya suri rumah kita buat demi membantu suami.
Realiti mmg berbeza dgn masa masa yang lalu.

Masa ni plak dah, kau akan teringat anak bini kat rumah. Sedangkan bila kau tengok dalam wallet baru ada beberapa ringgit, Tak kan nak putus asa, Tak kan rasa nak jatuh. Sedih boss, air mata rider nih, dorang jer yg tahu,

” Bye bye abang Panda,
” Bye bye abang Grab,
” Bye bye abang Lala,

Anak anak kecil tadi melambai lambai,
Senyuman jer mampu diberikan.

” Semoga kau jadi anak yg baik baik dik, bisik dalam hati”.

Tak ramai yang tahu, dan tak semua memahami nya, main dengan nyawa, duit, perasaan, pelanggan adalah cabang cabang kecil bagi mereka.

Night ride still earn for money

Kena pulak musim hujan pada hujung tahun mula menghantui mereka, nak ride jer hujan mula membasahi bumi dan secara langsung membasahi air mata di pipi, ketika berteduh di bawah jambatan, hentian bas, stesen minyak, keluar rumah dengan penuh doa, balik tangan kosong, minyak pun kosong,
Allah bagi ujian yg macam macam setiap hari.

Pasar Borong sunyi masa PKP
Bandar Rimbayu

Sekurangnya kau dpt puluh puluh sehari dah mampu penuhkan barang rumah, barang basah.

Senario ini dijangka akan terus menjadi new normal, ekonomi akan meleset banyak sebab pelabur asing takut nak masuk.

Sampai bila?? bertahun tahun kata ahli politik.

Syarikat gergasi Air Asia juga turut terkesan dengan pandemik ini, dorang juga sempat kembangkan ke bisnes delivery nih, menggunakan nama Teleport. Cepat dorang ubah sekurangnya pilot, pramugari, customer service dorang ada kerja lain. Jangan memilih‼️

Sekarang bukan masanya.

Dah nak habis tahun 2020 sekejab jer kan ,setiap hari tengok Menteri Bundle Kita Ismail Sabri dan Abah Dr Noor Hisham setiap petang.

Nasib orang tak sama mcm nasib kita,
Kasut kita tak sama bau mcm kasut org,

Sokongan moral isteri, keluarga amat diperlukan saat saat getir ini bagi aku.

Sekian coretan kali ini

Sila sila lah klik link di bawah utk menjadi sebahagian daripada ” Pemburu Jalanan”

Aku Cari Duit ,Jalan kami sebagai rider.

#lalamoverider

#lalamovemalaysia

#mrspeedymalaysia

#deliverymalaysia

#kidsontheroad

#demisesuapnasi

#pekerjaancovid19

#runnerdeliveymalaysia

#teleportridermalaysia

#airasiaridermalaysia

#fyp

#ridertiktok

👉www.redbus.com/referral/redyn679/unknown/1000

👉Join Teleportal with my referral code: https://teleportal.asia/referral/d5174abb

👉https://dacsee.com/#/register?ref=OD-9575954

👉Mr speedy referral code 2MFQNNF

👉Use my referral code MOHAM743 to get 20% cashback off your first purchase! Download Shopee now to enjoy free shipping and lowest price guaranteed deals! https://shp.ee/er5xgzr?smtt=0.0.3

PAKEJ WHITE WATER RAFTING 2020

Bermain arung jeram di Perak🛶
Pakej White Water Rafting X Terminal Bercuti.⚔️

Cameron Highlands dah sesak❌
Port Dickson pun sesak❌
Genting pun kemain jammed tak boleh bincang.❌

Sebab apa join trip water rafting bersama kami✔️
Tengok review video dah banyak nih.✔️

Sebab apa perlu join trip 💯 :-
1) Guide yang terlatih dari team OutWorld
2) Equipment yang baru dan selamat
3) Memori redah jeram yg pasti terangkat
4) Lokasi yg menarik dan dekat dengan KL
5) Fasiliti kem yang lengkap dengan Tandas & Tempat salin baju
6) Jurugambar dan Juruvideo yang spot gambar cun2.

Harga Pakej di sini :

👉Day Trip – RM 115 seorang ( 4 orang satu raft )
Pakej termasuk = Aktiviti Rafting , Makan Tengahari,Guide, 4X4 transport, Video, Photo, Parking,Tandas & Fasilit di Base Camp.

👉Bermalam
✅2 Hari 1 Malam : Family Fun Raft Kids – RM 80.00 Seorang ( 4 orang satu raft )
( 1 Hour Flat & Raft Splashing + 1 malam penginapan di base camp + 4×4 Experience, Quad Sharing Tent )

✅2 Hari 1 Malam : Enjoy Raft – RM 150.00 Seorang ( 4 orang satu raft )
( 3 Hour Flat & Raft Splashing + 1 malam penginapan di base camp + 4×4 Experience, Quad Sharing Tent
+Makan dan Minum + Video, Photo, Parking,Tandas & Fasilit di Base Camp)

🆘Sebarang pertanyaan pakej pelancongan domestik terus whatsapp

📱http://www.wasap.my/+601111372437/PakejEcoAdventure

📱http://www.wasap.my/+601128332437/PakejEcoAdventure

Share kepada saudara, datuk, datin, anak beranak sekalian yer
#pelancongandomestik

camp-379ok6wmx7bm9t4j8m22o0activity_imagewhitewater-rafting21272443_1228399467303520_1413232414747809768_n-800x600SAU_4749-Photo-by-Saufi-NadzriMIM_0623Kampar-River-White-Water-Rafting-Gopeng-Perak-Day-Trip-05gopeng-perak-adventure-package

PAKEJ PULAU SEMPORNA PALING LARIS

WhatsApp Image 2020-07-06 at 4.27.11 PM

Sejajar dengan konsep melancong di dalam negeri,
Kini Emraz Go Travel ingin membuka peluang Melancong Ke Sabah.
.
💰Dengan harga dari RM 800 seorang
💰Dengan harga dari RM 800 seorang
💰Dengan harga dari RM 800 seorang
.
Nampak dah, ramai sangat tak sabar nak galas bagpack dan bag tarik tuh..
Sabar gais nak bagitahu sikit. 🥺
.
✅Pakej kita termasuk Penginapan, Makan Minum , Aktiviti sepanjang di Semporna.
❌Pakej kita tidak termasuk Tambang Kapal Terbang & Perbelanjaan Peribadi sahaja.
.
Simpan nombor whatsapp team Emraz di bawah sampai bila bila yer .⚠️
Bukan nak pergi minggu ni kan❓ Nak pergi akan datang dan masih dalam perbincangan bajet❓
.
Share sebanyak mungkin & menangi percutian PERCUMA 💯
Tertakluk pada terma dan syarat.
.
📱http://www.wasap.my/+60126858037/PakejSempornaEmraz
.
📱http://www.wasap.my/+60132406114/PakejSempornaEmraz
.
📱http://www.wasap.my/+60132953641/PakejSempornaEmraz

JEJAK TEL AVIV DAN TASIK TIBERIAS

Kesinambungan episod lalu.

.
Hari 6 : Ini merupakan subuh terakhir dan hari terakhir kami di Bumi Suci Palestine.
Sedih sungguh perasaan ketika ini. Aku tengok jemaah dan rakan rakan pagi tuh macam berat saja hendak meninggalkan holy land ini.
Selesai sarapan pagi, hari ni pagi, hujan renyai sambil disapa angin sejuk menemani kami sehingga masuk ke dalam bas utk meninggalkan Metropole, Jerusalem. Perjalanan hari ni menuju ke Bandar Jaffa , Tel Aviv. Semasa perjalanan menuju ke Bandar Jaffa, bas kami melalui penempatan mewah Yahudi, pusat kerajaan, hotel hotel mewah semuanya kepunyaan Yahudi.
Tiba di Tel Aviv, kami juga melalui kedutaan Amerika Syarikat! Wow! Dalam media kata haritu nak pindah ke Jerusalem, tetapi masih tersergam indah di Tel Aviv..Apakah???.
.
Tiba di Bandar Jaffa, bandar yg dikatakan tempat Nabi Yunus A.s di muntahkan oleh paus yg memakan beliau. ( Kita imbas hari semalam, kami ada melawat kawasan haulhaul, makam Nabi Yunus A.s , dikatakan Nabi Yunus A.s telah menetap di Haulhaul selama 2-3 tahun kerana merajuk dengan umatnya yg degil tidak mahu mengikut perintah Allah Swt sebelum Nabi Yunus A.s membawa diri ke laut ) dan di Jaffa lah beliau dimuntahkan.

davdavdavdavdav
Rakyat Yahudi di Tel Aviv ni lebih berfikiran moden dan terbuka, dorang say Hello ,bila jumpa pelancong. Dan senyum dan boleh dibawa bersembang.
.
Pemandangan di Jaffa menarik dan tenang sebab luas dengan lautan. Kami melawat Masjid terbesar di Jaffa, Masjid Mahmoudiah.
Makan tengahari kali ni di Tasik Tiberias ( Danau Tiberias ) Sea of Galilee merupakan danau yg menjadi sebutan di dalam Al Quran spt di bawah :-
.
Beritakan kepadaku tentang danau Tiberias!’ Kami pun berkata, ‘Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?’ Dia berkata, Apakah di sana ada airnya?’ Kami menjawab, ‘Danau itu banyak airnya, ‘Dia berkata, ‘Ketahuilah airnya tak lama lagi akan habis.” (Hadist Riwayat Imam Muslim)
.
Dajjal akan keluar apabila air ini habis, siapa yg habiskan air ini??
.
Lalu Allah SWT keluarkan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Kemudian mereka melewati tasik Tabariyah, dan meminum seluruh air yang ada padanya. Hingga ketika barisan paling belakang mereka sampai di tasik tersebut, mereka berkata: “Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.”
.
Perjalanan menuju tasik ini, kawasannya berbukit bukau tinggi, tanaman hijau mula kelihatan, cuak jugak lah aku seram sejuk.
.
Kawasan tasik ini juga tak jelas sangat, seakan akan kabus , burung banyak dan ikan pun byk kalau tengok dalan tasik ini, utk makluman tasik ini merupakan sumber utama air bagi penduduk Palestine dan Israel. Air ini turun dari bumi Jordan. Dari tasik ini jugalan Salehuddin Ayubi menang taktik perang dan nampak jugak tinggi di atas bukit sana bukit yg menjadi medan perang Hattin dan Yarmouk! Allahuakbar!!

davdavdavdavdavdavdav
.
Selesai menaiki cruise di Tasik Tiberias kami terus ke sempadan Israel – Palestine.
Selesai membeli departure tax , terus ke immigration dan selepas kedai duty free, kami perlu tunggu utk shuttle bas.
Bagasi kami collect di kawsan shuttle bas, Sampai sahaja shuttle bas, terus naik sampai ke Immigration Jordan utk cop passport dan meneruskan perjalanan semula di Jordan.
Lewat malam hujan masih renyai, kami singgah di makam sahabat nabi Abdul Rahman Bin Auf
.

davdavdav
Beliau seorang daripada 10 yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah SAW dan termasuk enam ahli syura dilantik Saidina Umar al-Khattab dalam menentukan khalifah.
Abdul Rahman bin Auf salah seorang daripada lapan orang terawal memeluk Islam.
Banyak tolong nabi di dalam sejarah kaum Muhajirin dan Ansar. Alhamdulillah dapat jejak makam org yg hebat hebat.
.
Sampai semula di Le Vendome hotel dan berehat.

Kenapa Eta Visa Australia Tak Lulus.?

hi semua bertemu lagi dalam satu lagi entry, sejak akhir akhir ini banyak customer bang deham tak lulus, not granted, dan ada pula yang lulus dan status kene refer pada immigration. Aduh macam mana pulak tuh.? Pening lalat kan.?

Bang Deham lagi la mabuk nak melayan sebab apa yg immigration australia buat macam tuh.

Untuk info semua, saya hanya submit passport detail melalui sistem Gds ( Ticketing ) dan sebarang kata putus approved atau tidak , kita akan dapat tahu dalam eta tersebut.

Email yg kita key in ialah email anda, sebab itu penting email tersebut untuk digunapakai, Pastikan email korang the real email, janganlah letak beruang@gmail ke, saya2020@gmail ke, dragonfly2019@ gmail ker kan, pastikan email tuh valid dan diguna khas untuk kerja kerja mahupun urusan penting.

itu antara yg bang deham dapat info dari immigration, dengan keadaan semasa sekarang di mana, banyak kes rakyat Malaysia salah guna visa, ada yang jadi penyamun, melacur pun ada, jadi memang sentiasa akan ada perubahan dari pihak immigration sana.

Kebanyakan status visa dia yg tidak menunjukkan lulus ( Approved ), kebiasaan immigration akan email korg dan suruh apply visa tourist.

Ingat yer ETA dan Tourist Visa sangat berbeza.

Boleh refer dekat website ini ; https://www.homeaffairs.gov.au/

Refer jenis visa korg : https://immi.homeaffairs.gov.au/visas/getting-a-visa/visa-listing

Sedikit sebanyak penjelasan di atas dapat difahamkan ya.

 

Bagi yang berminat nak apply Etas untuk tujuan melancong, boleh terus whatsapp saya , nombor ada tertera di entry sebelum ni ( saja bagi korang view blog aku hahahah )

 

Ni ada sikit feedback client yg sempat bang deham snap kan;

IMG_20190529_141626IMG_20190529_141600IMG_20190529_141542IMG_20190529_141516IMG_20190529_141449IMG_20190529_141430IMG_20190529_141407IMG_20190529_141349IMG_20190529_141327IMG_20190529_141258