PAKEJ WHITE WATER RAFTING 2020

Bermain arung jeram di Perak🛶
Pakej White Water Rafting X Terminal Bercuti.⚔️

Cameron Highlands dah sesak❌
Port Dickson pun sesak❌
Genting pun kemain jammed tak boleh bincang.❌

Sebab apa join trip water rafting bersama kami✔️
Tengok review video dah banyak nih.✔️

Sebab apa perlu join trip 💯 :-
1) Guide yang terlatih dari team OutWorld
2) Equipment yang baru dan selamat
3) Memori redah jeram yg pasti terangkat
4) Lokasi yg menarik dan dekat dengan KL
5) Fasiliti kem yang lengkap dengan Tandas & Tempat salin baju
6) Jurugambar dan Juruvideo yang spot gambar cun2.

Harga Pakej di sini :

👉Day Trip – RM 115 seorang ( 4 orang satu raft )
Pakej termasuk = Aktiviti Rafting , Makan Tengahari,Guide, 4X4 transport, Video, Photo, Parking,Tandas & Fasilit di Base Camp.

👉Bermalam
✅2 Hari 1 Malam : Family Fun Raft Kids – RM 80.00 Seorang ( 4 orang satu raft )
( 1 Hour Flat & Raft Splashing + 1 malam penginapan di base camp + 4×4 Experience, Quad Sharing Tent )

✅2 Hari 1 Malam : Enjoy Raft – RM 150.00 Seorang ( 4 orang satu raft )
( 3 Hour Flat & Raft Splashing + 1 malam penginapan di base camp + 4×4 Experience, Quad Sharing Tent
+Makan dan Minum + Video, Photo, Parking,Tandas & Fasilit di Base Camp)

🆘Sebarang pertanyaan pakej pelancongan domestik terus whatsapp

📱http://www.wasap.my/+601111372437/PakejEcoAdventure

📱http://www.wasap.my/+601128332437/PakejEcoAdventure

Share kepada saudara, datuk, datin, anak beranak sekalian yer
#pelancongandomestik

camp-379ok6wmx7bm9t4j8m22o0activity_imagewhitewater-rafting21272443_1228399467303520_1413232414747809768_n-800x600SAU_4749-Photo-by-Saufi-NadzriMIM_0623Kampar-River-White-Water-Rafting-Gopeng-Perak-Day-Trip-05gopeng-perak-adventure-package

PAKEJ PULAU SEMPORNA PALING LARIS

WhatsApp Image 2020-07-06 at 4.27.11 PM

Sejajar dengan konsep melancong di dalam negeri,
Kini Emraz Go Travel ingin membuka peluang Melancong Ke Sabah.
.
💰Dengan harga dari RM 800 seorang
💰Dengan harga dari RM 800 seorang
💰Dengan harga dari RM 800 seorang
.
Nampak dah, ramai sangat tak sabar nak galas bagpack dan bag tarik tuh..
Sabar gais nak bagitahu sikit. 🥺
.
✅Pakej kita termasuk Penginapan, Makan Minum , Aktiviti sepanjang di Semporna.
❌Pakej kita tidak termasuk Tambang Kapal Terbang & Perbelanjaan Peribadi sahaja.
.
Simpan nombor whatsapp team Emraz di bawah sampai bila bila yer .⚠️
Bukan nak pergi minggu ni kan❓ Nak pergi akan datang dan masih dalam perbincangan bajet❓
.
Share sebanyak mungkin & menangi percutian PERCUMA 💯
Tertakluk pada terma dan syarat.
.
📱http://www.wasap.my/+60126858037/PakejSempornaEmraz
.
📱http://www.wasap.my/+60132406114/PakejSempornaEmraz
.
📱http://www.wasap.my/+60132953641/PakejSempornaEmraz

Kembara Jordan Palestine 2019

Perjalanan Kembara ke Al Aqsa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah saat yang ditunggu – tunggu kini, Allah memakbulkan doa buat aku menjejaki bumi para anbiya.
.
Kalau dulu masa kecik ,bulan puasa jer mesti dah ready depan tv3 , tengok rancangan jejak rasul.
Kali ni dapat rasai pengalaman sendiri.
.
Hari 1 : Perjalanan ke bandar Amman , Jordan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Transit di Muscat, tibanya di Lapangan terbang Muscat, luggage bag kami tak perlu diambil. Hanya perlu ke pintu signboard transfer dan menunggu utk ke Amman. Ini merupakan flight transit ( Kul – Muscat – Amman ). Untuk ke Bumi Palestine tiada flight direct. Hanya Jordan sahaja merupakan laluan utama pelancong untuk ke Palestine dan Syria dan Iraq. Hebat bukan Jordan nih?
Untuk in out jordan juga tak ada arrival card tau.
Tiba di Jordan airport, akan ada beberapa porter yg mst akan tlg korang angkat bag, maka kene lah bagi 5usd, pandai pandai lah dorg bahagikan.
Untuk internet selama 10 hari di Jordan, aku membeli simcard di airport jordan , harga dalam RM 80 , data 1gb sehari.
Sampai di hotel Le Vandome dan berehat.

 

 

Hari 2 : Selesai sarapan pagi di hotel, wau! Cuaca musim hujung tahun ni sejuk tau, jgn lupa bawak long john, parka, winter jacket / winter sweater ya. Perjalanan hari ni menuju ke Petra ( antara 7 keajaiban dunia ) dari bandar amman ke petra mengambil masa dalam 4 jam sehala..lama ,lenguh duduk dalam bas..hee..sebelum sampai ke Petra ,kami singgah di Wadi Musa ( Wadi dalam bahasa arab bermaksud lembah ) , di sini kami dibawa ke salah satu tempat yg dipercayai tempat Nabi Allah Nabi Musa As mengetuk tongkat nya dan mengalir lah mata air..Ada yg juga mengatakan lebihan mata air ada di Gunung Sinai, Mesir.

 

 

Setibanya di Petra, selesai membeli tiket, maka perjalanan ke Pintu gerbang yg diminati dalam cerita omputih national treasure tu..xpe nanti aku belanja gambar, korang tengok dan jeles puas puas yer. Perjalanan ke pintu gerbang itu mengambil masa dalam 40 minit sehala, korg akan dibelanjakan dengan ukiran gunung, batu kapur, kuil kuil lama kaum terdahulu. First time aku jalan 40 minit pakai jacket..peluh sikit je keluar.terdapat juga khidmat kereta keldai, kuda, dan kedai cenderahati sekitar kawasan Petra.

Hari 3 : Selesai sarapan pagi, kami bertolak ke sempadan jordan + Palestine, ada beberapa check point utk melepasi sempadan itu. ALMAKLUMLAH segalanya sudah dirampas dan diperintah oleh Israel.
1) Check point pertama border Jordan ,turun dan ke immigration Jordan utk Cop Passport (Passport Malaysia tak boleh masuk Israel, akan tetapi dorg cop macam gamba kat bawah nih. Dan Arrival / Departure Tax

2) Check point kedua penjaga border Israel, dorang hya check dari mana pelancong datang sahaja.

3) Check point ketiga dah masuk Israel, melalui Allenby Bridge, kat sini segala macam kamera, telefon semua kene off tau.

4) Masuk ke dalam kastam dan immigration Israel, kat sini prosedur spt Airport biasa, kalau korg pernah masuk border Singapore melalui gate no 2 haaa mcm nih lahh situasinya.
Kebiasaan nama mohd,muhammad,abdullah,abdul akan mengambil masa sedikit di immigration proses, dia akan tya berulang nama ayah, atuk .sehingga dapat passport semula. Ha lupa nak bgtahu bas akan sampai di Immigration Israel sahaja ya.Lepas tu tukor lah bas selepas tiba di arrival hall. Kt Border tuh korg akan nampak lah Yahudi , dorg ni berlagak sikit x mesra, tp boleh lah berborak kalau korg nak borak, tp aku percaya satu dunia benci dorang haha. Perjalanan ke Bandar Jericho dalam 30 minit ,
Ok tiba sudah ke Bandar Jericho, bandar tertua dan terendah di dunia,MasyaAllah dasyat ciptaan Allah swt. Jericho merupakan bandar authority penuh oleh rakyat Palestine, mereka bebas mengibarkan bendera Palestine dan hidup bebas ,bekerja ,cari makan. Tetapi segala pemerintahan spt polis, askar, keselamatan di kawal oleh Israel. Lokasi perhentian kami yg pertama di Jericho ialah melihat bukit yg dipercayai Nabi Allah Nabi Isa A.s akan turun melihat umatnya, tapi malang kami tidak boleh naik ke sana sebab sudah org kristian sudah naikkan gereja di sana. Perjalanan seterusnya ke Makam Nabi Musa A.s ( Makam bagi orang arab bukannya kubur, tetapi tempat Nabi singgah dan berehat utk beberapa lama.)
Tibanya di Makam Nabi Musa As , kami sempat menunaikan jamak dan solat hajat, sedihnya cerita tour guide kami, tidak lama lagi akan dibangunkan Hotel di dalam kawasan Makam dan Masjid Nabi Musa, MasyaAllah, kejam betul pemerintahan dorg nih.

Next is Jerusalem ( Pusat Bandar Palestine kini ), mengambil masa dalam 30 minit, tapi penuh pengisian sejarah islam , al quran dan hadith.
Kami juga sempat melalui simpang kem pelarian bagi warga syria, gaza dan yaman.
Setibanya di Jerusalem, inilah kota yg penuh kejutan dan menjadi tanya umat islam seluruh dunia, pelbagai gambaran video yg kita dapat tengok kt you tube, Facebook dan whatsapp group kan???
Bagi aku , ak nak mencari dan mengetahui sejarah Islam di sini. Sebelum tiba di hotel, kami melalui highway dan sebelah kiri tersergam indah Al Quds, Dome of the Rock, seolah olah tersenyum melihat kehadiran umat Islam, beberapa rakan turut mengalirkan air mata mengenangkan Al Aqsa ini. ALLAHUAKBAR3X
.
Untuk pengetahuan semua orang Islam :-
Palestine dibahagi kepada beberapa bahagian seperti di bawah :
Area A – Palestine Area ( Palestinian Authority )
Area B – 21 % Palestinian the rest control by israel.
Area C – Fully control by israel, Israel Area ( west bank & sempadan gaza )
.
Anda kenal dengan Salman Al Farisi? Kalau masa kecik dulu aku igt lagi ustaz cerita , teknik sistem perparitan Salman Al Farisi lah yg berjaya tewaskan musuh islam..Kami singgah di Makam Salman Al Farisi dan Masjid beliau

Rabiatul Adawiyah serikandi yg tercinta, beliau merupakan wanita terawal yg memeluk agama islam dan meninggalkan hal hal duniawi kerana Allah Taala..MasyaAllah terharu mendengar cerita beliau, latar belakang yg miskin, tidak punya apa apa di dunia, menjadi hamba, tetapi mendapat syafaat yg tinggi di sisi Allah Taala.

Kami bermalam pada hari ini di Jerusalem ,Penginapan hotel Metropole lokasi yg sangat strategic, di tengah bandar, dan hanya 1.5 km sahaja berjalan kaki menuju ke Komplek Al Aqsa ( 20 minit berjalan kaki ). Kemudahan di dalam hotel seperti aircond, restaurant dan cafe turut disediakan. Untuk makluman korang pada musim sejuk siang menjadi pendek, 4.30 pm dah masuk waktu magrib. Selesai uruskan diri dan bersiap untuk solat magrib. Kami pun berjalan kaki berjemaah menuju ke kompleks Al Aqsa.
Sepanjang laluan , lorong lorong dipenuhi kedai souvenirs, kedai runcit, kawasan perumahan , dan sampai lah ke pintu masuk Al Aqsa, kat sini korg jangan cuak pulak an. Kat sini ada macam balai pengawal askar Israel, dorang dalam 3-6 ,orang yg jaga kawasan pintu ini. Dorang tak kacau pun, hanya menjaga keselematan sahaja. Dan jangan panik sebab korang akan sentiasa jumpa askar Israel nih di lorong lorong dengan senjata dorg pegang

Sebaik sahaja azan berkumandang, menangis hati kami, menangis jiwa kami sambil melangkah ke dalam Masjid Kibli ( Masjid Kiblat pertama orang Islam ) ada di dalam hadith sohih utk mengunjungi masjid ini.
Selesai magrib, berjalan semula ke hotel dan makan malam dihidangkan jam 6.30 pm.
Untuk pengetahuan ,masjid di sini hanya bukak waktu solat sahaja, habis waktu solat dorang akan tutup, tak mcm masjid di negara kita , 24 jam bukak..sungguh bertuah org Malaysia mampu solat di masjid,iktikaf 24 jam kan??
Tapi kita tak buat.
.

Bersambung..