Tempat Menarik di Sekinchan, Selangor Paling Popular untuk Pelancong Terokai tahun 2023

TAHUN MELAWAT SELANGOR 2023

Tarikan Pelancongan Terbaru di Selangor.

#visitselangor

#visitmalaysia

Negeri Selangor bukan sahaja terkenal dengan ekonomi perindustrian , perkilangan dan sektor pembuatan yang lain. Tetapi juga terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan semulajadi seperti

Air terjun, Homestay, Aktiviti sukan lasak, Sukan permotoran, Penganjuran sukan larian dan pergunungan yang bertaraf antarabangsa. Yang tahu tahu lah. Yang tak tahu ni nak bagitahu.

Rakyat di negeri Selangor ni kalau kita sebut confirm kita cakap penduduk Selangor ini, rakyat dan bangsanya tiada dialek atau loghat sendiri. Tetapi fakta tersebut tidak boleh digunapakai kerana terdapat pelbagai dialek atau loghat orang Selangor ini.

Berkunjung ke Kawasan utara Selangor sebelah pantai barat merupakan tempat dimana kita boleh menjumpai dialek loghat “Jawa, Banjar, Minang”. Rata rata penduduk Selangor di Kawasan ini ialah keturunan bangsa Jawa dari Negara jiran Indonesia “ Pusat Bangsa Nusantara Asia”.

Daerah – daerah seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Sekinchan, Sg Besar, Kapar, Tanjung Karang, adalah tempat di mana kita oleh menjumpai pelbagai keunikan dari segi tradisi, makanan, dan loghat. Sungguhpun begitu tersirat dan tersurat pelbagai tempat pelancongan menarik yang pengunjung luar negara dalam negara perlu hadir dan singgah ke salah satu destinasi daerah di atas.

Ya di daerah sini juga terkenal dengan industri pembuatan kreatif , Industri Kecil dan Sederhana. Barangan Kraf dan krepek krepek tradisional.

#hadir tanda sokong sapot local.

Ini kali dah Pak nak ajak korang singgah salah satu Port Best sesuai untuk keluarga yang mana nak lari dari destinasi pelancongan yang lain. Kalau ke Genting memang lah sesak, apatah lagi ke Cameron Highland yang sangat padat dan hampir setengah hari kita di dalam kereta akibat kesesakan lalu lintas. Akhir akhir ini juga menjadi satu trend orang ramai berpusu pusu ke utara tanah air, Pulau Pinang, Kedah, Ipoh, Perlis manjadi kegilaan pengembara melalukan day-trip. Dari sini kita dah dapat baca dan fahami memang kesesakan lalu lintas akan menjadi teruk dari biasa. Fenomenanya dah macam balik hari raya boh!

Pak dulu belajar di Politeknik Sabak Bernam, atau dikenali sebagai Politeknik Sultan Idris Shah.

Memang laluan dari Kuala Lumpur menuju ke sini mengambil masa lebih kurang 3 jam campur jem dekat Sungai Buloh lagi. Huhuh.. TAPI!! Sekarang ianya mengambil masa hanya 1 jam 45 minit sahaja memandu menggunakan lebuhraya LATAR. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang sangat memahami pengembara tempatan.

Terkejut juga apabila sampai Sekinchan ni dah jadi lain, dah macam bandar Kajang weh. Sangat membangun dari segi pembangunan, lalu lintas, restoran tempatan dan trafik jalan raya yang sibuk berbanding zaman dulu hanya krik krik. Pak juga sempat membuat Latihan industri ( Praktikal ) di Tourism Malaysia Selangor , kami dijemput oleh restoran tempatan untuk membuat recce servis makanan tidak banyak seperti sekarang. Kalau Pak masih buat kerja melawat restoran sekitar Selangor ini boleh jadi macam “Skibidi Bos – Bos, Yes – Yes”.

Sekinchan ni kalau dulu terkenal dengan banyak penjaja di jalanan menjual Mentarang Mentah, Mangga. Sekinchan juga merupakan sawah padi yang tercantik dan besar di Selangor. Jadi mana mana yang nak tengok sawah padi, yang nak bau padi macam mana tak perlu ke Utara dah, terus je ke Sekinchan.

Penginapan Pak kali ini di Triangle Farm Cottage House. Siapa yang pernah ke Melaka dia macam Masbro Village. Berbentuk A / segitiga. Macam mana nak dapatkan kontak terus boleh tengok sini pak tolong copy paste kan.

AddressJALAN BAN KENAL, Jalan Parit 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Phone017-206 8666

Info lain pandai pandai lah google sendiri.

Pak memilih penginapan 1 katil Queen, di dalam bilik tiada Tv. Paling best kereta parking depan penginapan korang. Senang lah nak ke hulu hilir ambil barang yang tertinggal dalam kereta.

Kemudahan yang disediakan di sini :

Wifi , Pantry, Tapak sewaan khemah, Glamping, Karaoke, Aktiviti memanah, pingpong, bilik membaca dan bilik rehat untuk tengok TV, Rekreasi Air ( mini sunway lagoon ) sesuai untuk anak anak, yang mana anak anak kecil tu perlu pengawasan orang dewasa ya, kerana tiada life guard yang disediakan di sini.

Dari jalan besar ke Triangle Farm Cottage House hanya 11 minit sahaja menurut bff pak Mr Google Maps, dan ianya sahih lagi Bukhari. Selesai urusan daftar masuk siap siap kita pegi melawat apa yang ada di dalam ni.

Boleh tengok gambar gambar yang sangat menarik dan bertaraf Antarabangsa yang Pak ambil menggunakan telefon anak anak. Lepas ambil  gambar kene bagi semula kat anak anak dorang nak tengok Cocomelon.

Aktiviti malam boleh barbeque ya, pastikan bawa bekalan bahan mentah dan bahan bakar secukupnya kerana tiada kedai yang beroperasi lewat malam. Dan dari sini ke kedai runcit atau kedai serbaneka juga korang perlu keluar. Pastikan korang tidak keluar atau balik ke penginapan selepas jam 9 malam. Ini disebabkan jalan bendang sawah padi yang tidak mempunyai lampu jalan. Sangat gelap mata memandang apa lagi bahu yang memikul.

Kami keluar makan malam pada jam 8 malam. Di sebuah restoran tempatan Abah Bonda Ikan Bakar hanya mengambil masa 15 minit sahaja memandu dari penginapan. Harga sangat berpatutan dengan bajet bawah RM150 korang akan dapat makan pelbagai menu laut yang digoreng dan dibakar mengikut selera anak tekak masing masing.

Aktiviti pagi hari korang boleh sewa basikal RM8.00 sejam pusing pusing Kawasan penginapan dan bendang. Ada Sungai Burong kt depan penginapan korang, sungai yang besar dan kaki pancing boleh hadir. Sarapan pagi kali ini kami memilih “ Hay Cafe “ 2 km dari tempat penginapan.

Hay Café menjanjikan korang tempat English Breakfast dan Coffee dan manisan kek yang Healing,

Pemandangan dan susur atur hiasan kedai yang sangat cantik dan menarik, tak jumpa kat tempat lain derr.. Memang paling SURR untuk OOTD, dan dating dan sambutan Anniversary.

Harga sesuai dengan jiwa café dan bukan harga jiwa kedai kopi kampung.

Memang harga puas hati termasuk dengan apa yang disajikan kat mata dan hati korang.

Seterusnya kami ke Sekinchan Terminal, Free je masuk boskur. Aku syak sini lah MH150 yang hilang tu, prince meed boleh siasat nih. Hahaha.

Kalau ke sini wajib korang ke tangga ke Syurga, Pady Sentral bos. Tempat OOTD korang tengok ni tangga warna warni memang Surr..Awas kene beringat tiada sebarang fasiliti keselamatan dan pengunjung kena peka sebelum naik tangga ni. Yang baligh sahaja sesuai ya, anak anak korang bagi je aiskrim bangla dan suruh dorang makan aiskrim. Terdapat servis drone disediakan di sini. Itu korang kene bayar.

Pusing lagi sekitar bendang ni kita singgah di Bas Atas Awan “ N16 Bus CAFÉ” macam mana lah dorang bawak naik bas kat atas ni, cuba tengok. Port OOTD lagi ni, weh….

Ini merupakan café tau kawan kawan pembaca sekalian, tapi pak tak pekena lah kopi dalam bas ni.Perut masih penuh lagi bos, x sanggup nak kencing kat bendang risau belalang gigit.

Setiap perjalanan point to point di sini hanya mengambil masa kurang dari 10 minit, mana mahunya setiap tempat berhenti nak makan dan minum. Hehe.

Puas main panas hari pun semakin mengejar waktu zohor,

Tanpa melengahkan masa pak terus ke satu lagi tempat wajib , yang ini hanya 3km sahaja dari tempat penginapan. “ Sekinchan Coconut Farm” masuk adalah percuma, tarikan utama di sini ialah minum air kelapa , kudapan seperti goreng pisang, laksa, dan makanan ringan. Tempat ni mesra keluarga kerana ianya di dalam kebun kelapa yang luas dilengkapi kemudahan tandas , parking dan permainan tradisional buat anak anak korang.

Selesai aktiviti lawatan akhir ni pak terus Kembali ke tempat penginapan dan check out. Perut pun dah tak memberikan kerjasama yang baik, bait bait puisi jawa mula berkumandang menandakan nasi harus dimasukkan kadar segera.

Dan akhirnya dapat terus merasa beras yang ditanam di Sekinchan kami bawa diri ke Restoran Lembah Bernam, perjalanan hanya mengambil masa 15 minit.

Restoran Lembah Bernam menyajikan menu eksotik dan menu masakan kampung, pelbagai ulaman , makanan nasi kampung, sambal belacan, ayam kampung, daging lembu, daging rusa, kancil , landak dan lain lain haiwan hutan. Bergantung kepada keadaan semasa, tak setiap hari mereka sajikan makanan hutan eksotik, Ingat senang ke beli kt tesco dah dapat hahaha..

Selesai makan tengah hari maka berakhirnya aktiviti di sini 2hari1 Malam, kalau dulu orang kita nak pergi trip makan makan mesti ke Penang atau Melaka kan, kini korang dah boleh ke Kuala Selangor, Tg Karang, Sekinchan.

Masih banyak trip makan makan kat sini yang belum sempat singgah, seperti Mee Udang Banjir, Abah Ikan Bakar, Roti Canai Pelangi, Vu Coffee, Kopi Sawah, Nasi Goreng Selambak, Western, AZR Mentarang..lapar pulaj dah sambil2 menaip malam malam ni..

Kalau ada pelancong Singapura, Brunei, Indonesia , Sabah Sarawak, private Tour yang ingin Pak bawa ke sini, jangan segan silu whatsapp terus 0132953641