Taiwan Oh Taiwan Day 2

 

Hari Kedua : Assalamualaikum and Good Morning ****versi Bob Yp****, Sarapan pagi dulu sebelum berangkat, sarapan pun roti jer kat sini, hotel taraf 4 bintang tapi tak mesra muslim. Aku masih lagi mencari cari apa yang dimaksudkan Taiwan ni Muslim Friendly. Selesai sarapan kami berangkat terus menuju ke CKS Memorial Hall, kat sini best , dapat tengok dataran , orang kawad, memang cantik giler bangunan dia dan suhu hari kedua mencecah 16*celsius..Orang Malaysia mula lah misi mencari toilet..

Nak pesan sila standby Air mineral dan tisu sendiri jika menggunakan toilet di taiwan.

Meh Bang Deham tunjuk sikit gambar CKS Memorial Hall.

dav

dav

Setelah menghabiskan masa dekat sejam setengah dekat sini, ke tempat seterusnya .Yeah!! ini yang ditunggu tunggu nih. Perjalanan ke Shihfen Sky Lantern mengambil masa dalam sejam lebih sikit. Boleh la buat lelap mata, mengantuk oi!

Shihfen Sky Lantern ni merupakan tempat orang main lepaskan tanglung.Memang teruja nak sampai sini, korang bayangkan lah dalam hutan ceruk, kawasan sejuk ada aktiviti ni, memang unik.

Kalau tengok gambar kat bawah ini, dorg lepaskan Lantern atas rel keretapi dan masih aktif lalu lalang! wow! korang kene try beb, aku tengok budak backpacker tak sampai sini .

 

Apa macam menarik tak gambar bang deham kikiki..Bukan selalu merayap dek non oittt!!!!

Setelah basah ketiak di sini , terus menuju ke restoran untuk makan tengah hari. Lapo weh.

Makan tengah hari kami disediakan di Jiufen, Restoran Chiufen Miner Restaurant. Dekat sini makan best !! sedap oiii, terasa Taiwanese punya food taw.

 

 

Seterusnya kami menuju tempat yang paling rare, banyak giler pelancong jepun datang semata mata untuk ambil gambar bangunan tuh. Dari parking bas ni , perlu jalan kaki menaiki tangga ala ala batu caves. Tak lama pun sampai top hanya mengambil masa 30 minutes. Dekat Chiufen ni korg boleh la shopping souvenier, baju, dll. Untuk pengetahuan kat Taiwan ni barang mahal berbanding negara lain. Mana mana kawan yang kirim please…jangan kirim air liur hahaha..

dav

Tinggi tak?

dav

Pelancong Jepun

sdr

Top View

Ni pulak nak share gambar yg menjadi kegilaan pelancong Jepun yg gemar datang ke sini.

sdr

Sorry gamba kurang menyerlah

sdr

Ramai kan?

Penat semakin penat, haha..tempat seterusnya makan malam di Ding Xian 101..Fuh tinggi beb macam makan kt Menara KL. Perjalanan dari Jiufen ke Taipe 101 mengambil masa dalam sejam lebih gak lah, campur trafic light, dari kampung ke town biasalah jem nya padat..

Semakin hari semakin halal gitu..Dekat Ding Xian Restaurant ( Taipei 101 ) merupakan salah satu yg ada Halal Certificate, so bedal ada semua atas meja ya. Jangan ragu ragu, Kos makan di sini RM 450 seorang! WOW ! Pelik betul aku, halal je mesti mahal.

 

Habis je makan malam kami terus ke hotel untuk berehat, esok nya macam macam lagi tempat nak pergi jang!!

Taiwan Oh Taiwan Day 1

Lama benor rasanya tak update blog ni. Tak apa lah janji gamba semua simpan dekat sini kan, Kalau simpan dalam phone, corrupt, lah apa lah. Oh letihhhh!!

Sepanjang pemergian aku ke Taiwan selama 3 Malam, sedikit banyak mengajar aku pasal sesebuah negara tersebut. Ini merupakan pengalaman pertama aku melawat negara Cina.

Untuk pengetahuan semua, kat Taiwan ni dorang tak import barangan dari China, atau negara lain, dorang banyak guna produk sendiri. yakni buatan Taiwan sendiri. So memang susah la korang nak compare barang yg korg suka kat sini weh.

Sebab tu negara dorang guna Taiwan Dollar. Maju dengan produk negara sendiri.

Ok kita mulakan Hari pertama aku di Taiwan, aku menggunakan kapal terbang Malindo.Penerbangan aku seawal jam 7.10 berangkat dari Terminal Klia1 menuju ke Taoyuan Airport. Biasalah bang deham selaku Tour Leader kali ni maka tak banyak gamba sendiri hee.

Hari Pertama : Setibanya kami di Taoyuan airport, macam biasa sebelum ambil bagasi ( bag ) kita kene isi custom declaration form ( white card ) boleh ambil terus sebelum ke imigresen. Padu giler!! kene beratur dekat 40 minit kot , baru sampai turn ko mengadap imigresen dorang. Airport dorang tak la besar berbanding Klia2 kita lagi besar dan mencarut carut nak sampai ke imigresen hahaha.

Setibanya di Taiwan , kami terus mengisi perut yang kosong di “TAOYUAN CITY SUITES HOTEL- HAIBAWAN RESTAURANT”. Aku tak recommend sangat kat korang yang ke Taiwan makan kat sini, ruang untuk solat pun tak ada doh. Tapi kami hanya makan vege meal sahaja bagi proses pengisian perut yang krutt kruttt ni.

 

Selesai Makan tengah hari , perjalanan diteruskan menuju ke Tashee Flower Ocean ( Taman Bunga ). Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 40-50 minit.Dekat sini kami diberi peluang untuk membuat bunga , nak cakap camna erk.haa.. lebih kurang bunga rampai kot. Korang boleh tengok gambar yang aku tepek nih.

 

 

 

 

Dan selesai sejam lebih aktiviti di sini, perjalanan diteruskan menuju ke Hotel Park City untuk kami berehat.

TEMPAT YANG MENARIK DI LOMBOK

“LOMBOK I LOVE YOU”

Kalau yang jenis layan lagu irama reggae, mesti tahu lagu ni, tapi tujuan aku bukan untuk bagi lirik atau link untuk download lagu dorang tau. HAHA.

Sekadar untuk perkongsian semua yang selalu follow and baca blog MR NAIS ni,

Seperti yang kita tahu LOMBOK, INDONESIA merupakan satu destinasi  yang sering kita baca dalam surat khabar , blog yang HANGAT kes kes penculikan dan kes kes orang Malaysia terutama WANITA yang ikut jejaka LOMBOK ke sana dan tak balik balik. TAPI ITU ZAMAN DULU LAH.

TAPI!!!! Ceritanya baru aku tahu memang betul…fuhhh serammm…

JANGANLAH TAKUT SANGAT !! itu generasi zaman dulu tau, kini LOMBOK merupakan pusat pelancongan yang paling unggul.

Nanti tengok gambar gambar di bawah.

Day 1 : Perjalanan ke Lombok by Air Asia hanya mengambil masa 3 jam. Lombok terletaknya di sebelah Bali, merupakan Pulau Kecil tapii besar wehh penat giler jalan, tu pun tak habis ronda. Sampai je kt Aiport Lombok, korang kene lepas semua imigresen kat sana – KETIBAAN INTERNATIONAL.

Jangan lupa untuk isi Declaration Form semasa nak check bag di kastam ya. Satu borang untuk satu kumpulan sahaja, janganlah gigih nak isi semua orang ya.

Selesai Kastam, maka perjalanan diteruskan menggunakan KIJANG ( BUKAN BINATANG ) Avanza 5 seater. Lokasi pertama ialah singgah minum di Restoran di Grand Royal Hotel, merupakan hotel transit jaraknya hanya 5 minit sahaja di airport, Singgah solat Jumaat di sini.

  • Sasak Village Sukarare – kat sini korang boleh tengok cara orang tradisional Sasak buat tenunan, kat sini juga pelbagai kain tenunan yg bagus bagus boleh beli, tapi harganya mahal sikit lah.
  • Singgah makan di Restoran Nasi Ayam Tali Wang, merupakan makanan tradisional dan terkenal di Lombok, you guys should try this tau! Satu set sekitar 80 000 rupiah termasuk air kopi ais.
  • Shopping di PRADJE, sini design tshirt terbaru dan menarik weh, terutama t shirt lelaki , PASTIKAN korang beli t shirt Lelaki kat sini, barang barang kraf, wanita mahal kat sini.

 

  • Shopping di LOMBOK EXOTIC CENTRAL, sini barangnya sama je macam kedai kat atas ni, tapi design semua tak update dan key chain menarik di sini, RUGI TAU!

dav

Seterusnya layan sunset di Pantai belakang hotel Jayakarta, cantik giler view pantai dan sunset kat sini, KORANG BOLEH NAMPAK BALI kat sini, Gunung Agung tersergam indah dari pantai ini.

Makan malam kami pada hari pertama di Hotel Jayakarta, sebab malas nak jalan jauh haha.

sdr

Check in Hotel Holiday Resort ,Lombok, terletak di daerah Mangsit dan korang perlu tahu kalau lain kali nak tidur di LOMBOK , cari hotel macam Puri Saron, Bukit Senggigi sebab dekat dengan town dan suasana meriah kat sini. Kami tidur di Holiday Resort sebab perlukan rehat dan tenang sikit. Jauh sikit dari town Senggigi.

Day 2 : Selepas sarapan pagi di Hotel – acara bebas dan berehat di hotel, hotel kami belakangnya view pantai, pool cantik, dan enjoy semuanya. Jam 12 terus ke Local Restoran ( LOKAL RESTO ), untuk makan Nasi Ayam Tali wang lagi. Perjalanan selepas tu kami ke Kg Benang Setokel, perjalanan mengambil masa dalam 1 jam setengah macam tu. Air terjun Setokel memerlukan korang trekking sejauh 30 minit dan enjoy air terjun dia memang lawa. Seterusnya ke Air Terjun Benang Kelambu, pun korang kene trekking dalam 15-20 minit, CANTIK WEH, sejuk je air die sempat gak lah celup muka. Menaiki Ojek( Motor Supir aka Teksi ) dalam hutan..kaum hawa pun ada buat ojek nih. Untuk ke parking kereta hanya 10,000 Rupiah seorang sehala. Rehat makan petang di sekitar pintu masuk Benang Setokel.

 

Makan malam pada malam tu sebab semua penat kitorg disajikan buffet di Pradje restoran.

Alhamdulillah perut dah kenyang – pusing pusing kawasan pantai Senggigi dan pekan Senggigi sebelum masuk hotel untuk berehat.

Day 3 : Selesai sarapan pagi, check out dari Holiday Resort dan terus membeli oleh oleh lagi, kira last minit lah haha..terus ke Banyumulek, untuk lihat seni kraft tanah liat, ukiran. Kat sini ukiran murah murah korg boleh beli, astray rokok, kerusi kayu, pasu, hiasan rumah. Aku dapat lah beli astray 3 biji – RM  100,000 Rupiah.

Seterusnya melawat Sade Village. Sini unik beb perkampungan dia kecik, dan terdapat 150 buah rumah etnik kaum sasak ORIGINAL di sini. Dorang meniaga senin kraft, kain , bag bag perempuan, kat sini MURAH , korang kene beli ya, rugi tak beli. Kami juga sempat berborak dengan seorang warganegara MALAYSIA, orang JOHOR yang tinggal di sini dan menjadi kaum sasak, akibat ikut isteri. Singgah makan tengah hari di Lokal Restoran.

 

Trip diteruskan ke Tanjung A’An ( Kawasan pantai yang bagi aku cantik giler ), kat sini aktiviti sunset dapat dilihat di Bukit Meresek, korang boleh layan gambar gambar yang aku sempat shoot kat sini. Lawa serius!!! Korang buatlah aktiviti kat sini, pantai berangin walau panas.

Seterusnya ke PANTAI KUTA MANDALIKA, kalau nak tahu few years coming akan dibangunkan litar Formula one ala ala Litar Monaco, tapi versi Lombok! Confirm tempat ni BOOM!!!

Pantai Mandalika sesuai untuk ahli keluarga piknik, layan kelapa, kat sini ada taman permainan mini.

Jam 3.00 petang kami ke Aiport untuk membawa semua kenangan ke Malaysia

CARA MEMOHON VISA AUSTRALIA MUDAH.

Seperti yang kita tahu saban hari, semakin ramai rakyat Malaysia melancong biarpun kita dilanda kegawatan ekonomi yang senarionya seperti ombak pasang surut.

Antara Negara yang paling banyak dikunjungi selepas Indonesia, Korea, China, ialah Negara Australia.

Australia memerlukan Visa untuk rakyat kita masuk sebagai pelancong.

Kat mana cara mudah nak dapatkan Visa Australia ni.?

  • Dengan cara online sendiri pun boleh
  • Melalui Ejen Pelancongan yang berdaftar pun boleh

Apa yang bezanya yang menjadi persoalan, mengikut pengalaman Mr Nais bekerja di sebuah Agensi Pelancongan , agensi yang paling Top lah kawasan Bandar Tun Hussein Onn nih. .Hee..

Setiap hari tak kira siang dan malam, akaun whatsapp dan email penuh rakyat marhain yang bertanya tentang visa ini. Dari  Utara sampai lah ke Selatan. Malah, Travel Agensi yang freelance pun banyak buat visa dengan Mr Nais.

TAPI KENA INGAT , VISA HANYA UNTUK MELANCONG SAHAJA

Ok apa bezanya .? Beli online melalui website eta, korang akan dikenakan bayaran sebanyak AUD 20 . Lulus atau tak lulus tetap kene bayar..nama pun online..

Kalau buat dengan Ejen, korang akan dikenakan bayaran RM 20.00 , Lulus baru bayar.

Nampak tak perbezaan dia.?

Untuk yang nak cari visa autralia, boleh lah terus hubungi +6013 295 3641 , kalau agak agak malu atau call tak angkat, hanya perlu whatsapp sahaja. Dan sila save nama Mr Nais.

Kat bawah ni ada beberapa testimoni  yang sempat  Mr Nais ‘ Screenshot ‘.

This slideshow requires JavaScript.

 

Nak amek semua gamba banyak sangat sampai pening kepala Mr Nais. Bebel banyak pun tak guna kan , ambil handphone dan terus dail +6 0 1 3  2 9 5 3 6 4 1 SEKARANG!!

Untuk pembelian visa 20 PERCUMA 1 Visa.

Nak baca lebih lanjut tentang visa ni sila klik link VISA MURAH AUSTRALIA

Percutian Bajet Cameron Highlands

Sebut sahaja pasal Cameron Highlands, semua tahu dan kebanyakannya semua orang pernah sampai.

Dari golongan muda sampai golongan tua pada hari ini.

Tapi kebanyakan mereka pergi hanya untuk sejukkan badan sahaja, ala ala oversea gitu…

Ada juga yang pergi semata mata untuk minum Tea yang fresh sahaja..Fuhh hebat bukan orang Malaysia ni, suka sangat buang minyak..haha..

Namun mereka tetap mereka, kita  tetap kita, lain orang lain ragamnya, lain tuan lain badannya.

 

Ni kat bawah ada ringkasan jadual program .

Program Ringkas  Lawatan ke  Cameron Highlands yang boleh dijadikan rujukan.

 

Hari Pertama  Oi!

10.00 am  : Bertolak dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS )

: Exit Tapah  –  Lata Iskandar – Tanah Rata

12.00 am  : Tiba di  Brinchang.

14.00 pm  : Check in Apartment Golden Wings.

sdrdavsdr

Kawasan apartment kami stay ni sebelah Hotel Rossa Passadena, mudah untuk cari dan mudah untuk jalan jalan mencari makan pagi dan makan malam. Ianya betul betul terletak di Pekan Brinchang, masjid pun dekat, Kfc pun dekat, kedai serbaneka pun dekat, yang tak berapa best dia punya parking..Konsep sapa cepat dia dapat..

 

16.00 pm : Makan makanan panas di Restoran Pok Nik Ikan Bakar.

 

18.00 pm : Makan Steamboat Abang , Grill pun ada..haaa paling win Kambing beb. Bermula lah acara makan sampai pengsan. Harga seorang dewasa dalam RM 39.00 . Dari Brincang anda perlu turun ke Tanah Rata dalam 2-3 Km sampai lah. Kedai steamboat ni terletak betul betul di Tanah Rata Town  dan sebelah parking yang luas, dan sebelah hotel Cool Point.

dav

21.00 pm : Pulang semula ke apartment untuk rehat.

 

 

 

Hari Kedua Oi!

09.00 am  : sarapan pagi boleh diperolehi dengan sangat senang. Jalan kaki 5 minit dah sampai Food Court Brinchang. Kat situ pelbagai jenis sarapan pagi ada. Macam dalam hotel, tapi biasalah sarapan pagi orang Malaysia. Harga kat situ boleh tahan mahalnya. Apa apa pun bijak memilih nah.

12.00 pm : Cactus Farm terletak 2-3 km dari Pekan Brinchang. Masuk adalah PERCUMA.

davdavdavdavsdrsdrsdrdavsdrdavdavdavdav

1.00   pm :  Makan tengah hari , Lauk Campur di Muzium Tunnel. Kar sini ada muzium tunnel, dan jualan produk madu, serta self pick Strawberry. Semua nya perlu bayar.

davdavdavsdrdavsdrdav

 

3.00   pm : Ronda – ronda di Tanah Rata, atas jem habaq hang, kami turun ke bawah untuk ronda ronda layan angin sejuk.

4.00   pm : Jom ke Ladang The Bharat yang Baru, lokasi dia cun sikit dari yang lama. Eh cun banyak, tapi kat sini parking kereta sangat limited.

davdavsdrsdrsdrdavsdrsdrsdrdavdav

5.00   pm : Parit Fall – tempat yang korang patut singgah, kalau nak tengok hutan lipur kawasan Cameron Highlands. Kat sini tidak boleh aktiviti perkhemahan dijalankan, terletak di Kg Taman Sedia, Ada kemudahan tandas, kafe, laksa dia memang terbaik, tapi aku layan kofi je sejuk sejuk hee.

7.00   pm : Pasar Malam Sg Ruil, pasar malam di Brinchang telah dipindahkan di sini, merupakan pasar malam yang terbesar di Cameron, dan paling ramai, paling padat. Kat sini korang boleh dapatkan sweater, parka dengan harga RM 10 Ringgit, Strawberi, madu, sayur sayur memang murah.

davdavdavdavdav

 

9.00   pm : Makan malam kami pada hari itu, ialah Nik Ikan Bakar, merupakan top Ikan Bakar di Cameron. Diusahakan oleh orang Kelantan. Kalau google ikan bakar , memang kat sini je yang keluar.Sup die terbaik.. Harga berpatutan , ingat, bijak memilih.

10.00 pm : Rehat di Golden Wings, fuhh.

 

 

Hari Ketiga Oi!

09.00 am  : sarapan pagi di kedai semalam , rupanya di kawasan penginapan kami tu ada satu pasar pagi Cina, boleh tahan jugak pasarnya, tak la besar, tapi untuk pengunjung boleh singgah. Di sini jagung manis, pelam, petai, dan nasi lemak ( orang melayu jual ).

sdr

12.00 pm : Check out dan turun melalui jalan Tapah.

davsdr

1.00   pm : Berehat di Hutan Lipur Kuala Woh, satu lagi uniknya sungai ni, pasirnya panas. Ha..panas macam mana tuh.? Macam najib razak ke.? Korang kene try wokayh!!

Gunung Benum via Ulu Cheka

Kisah pendakian Gunung Benum via Kampung Ulu Cheka ni dah lama berlalu, Kisahnya bermula 2 tahun yang lepas di mana aku dan 5 orang pendaki ingin menawan puncak Gunung Benum.

Gunung Benum merupakan Gunung yang ke – 16 tertinggi di Malaysia dan memegang kedudukan 12 di Semenanjung Malaysia. Hasil dari bualan dengan rakan pendaki yang lain, kata mereka Benum trek pendakian kedua mencabar selepas Gunung Tahan.

Pendakian mengambil masa selama 4-5 hari sebab turun di tempat lain yakni Pos Perluk.

10.00 pm : pendaki berkumpul di Lrt Gombak untuk proses carpool dan mengira peserta, padahal 5 kerat je bajet ramai hahaha..

12.00 am : bertolak ke Jerantut menggunakan Highway Karak. Perjalanan menuju ke Jerantut mengambil masa selama 2 – 3 jam.

03.30 am : Tiba di masjid jerantut dan berehat, tido sekejab sementara tunggu hari pagi.

07.00 am : Bertolak ke Kampung Ulu Cheka, berkabus ooo masuk sini, perasaan dah mula cuak huhu.

08.00 am : Parking kereta di rumah Pak Ndak ( guide Gunung Benum ) sebelum menaiki powil ke starting point.

Dari rumah Pak Ndak ke starting point tak la jauh, perjalanan lebih kurang 10 – 15 minit menaiki powil je.

Hari Pertama 

0900 am : Selesai doa dan taklimat ringkas, kami meneruskan pendakian menuju ke kem jeneruh atau kem tong gas, dalam 10 minit pendakian itu berlaku sedikit kecelakaan yang tak diingini berlaku,kami tersadai di tengah trek hutan selama satu jam lebih. Dan selepas kejadian itu, pendakian berjaya diteruskan , trek tak kasi can memacak dan terus memacak, ak tak ingat berapa banyak kali balak besar yang tumbang yang perlu dilangkah..Ini menunjukkan bahawa aku bakal pewai.

 1340 : Penat melayan pewai akhirnya kami tiba di Air Terjun Jenaris..Kat sini tempat pertama kami pit stop rehat sambil penuhkan tenaga semula, Lunch dan berhenti solat.

Langkah demi langkah kami teruskan pendakian ,bagi aku kejam di awal pendakian ke sini.haha. Pendakian diteruskan pelan pelan kayuh, untuk menuju ke Kem Jeneruh ( Kem Tong Gas ).

1500 : Pendakian berakhir di sini, wow kat sini ada Tong Gas..haha..Akhirnya kami tiba dengan pewai di Kem Jeneruh, hari dah lewat petang, guide buat keputusan untuk bermalam di sini.

Menu hari pertama kami haaaa..nah tengok gamba..penat dorang memikul..kikiki..

Hari Kedua,

0900 am : Selesai kemas bag dan peralatan semua, pendakian hari ini menuju ke check point berikutnya, iaitu Kem Gunung Lilin. Kami harus sampai awal ke Gunung Lilin bagi mengelakkan jalan malam.

Perjalanan ke Kem Gunung Lilin diteruskan , kali ini pendakian lagi padu ak rasa, memacak dan terus memacak.

1230 pm : Tiba di Kem Gunung Lilin, kat sini kami berhenti makan megi tengah hari, dan berhenti solat, perjalanan seterusnya sangat jauh.

Selesai isi perut kami meneruskan perjalanan menuju ke Batu serodong, trek memang tak mengecewakan ,naik turun naik turun , masih buntu lagi kami dibuatnya, hari semakin lewat petang, masing masing berehat sekejab di trek.

Pelan pelan kami melangkah, cuaca semakin sejuk, jam menunjukkan waktu magrib dan kami masih meneruskan pendakian.

2000 pm : Tiba di Batu Serodong, macam batu belah betakup, cuaca kt sini berangin sejuk, kami berehat sekejab keletihan, ak dah mula penat tak terhingga begitu juga yang lain, kami rehat agak lama di sini dalam sejam sebab semua lapar dan kesejukan.Kami alas perut megi dan biskut kering saja.

Selesai semua, perjalanan diteruskan, kali ni hujan lebat turut menemani kami, badan semakin penat, mengantuk dan ada juga yang cramp, cuaca diselangi angin yang kuat.

Jam menunjukkan hampir jam 12 tgh malam, dan kami masih di trek tanpa tahu berapa lama lagi akan tiba di permatang angin.

Kumpulan mula terpecah kepada dua, ak dan seorang sweeper nama wong, kami terkandas di trek akibat rakan kami nak pengsan, dan tiada tenaga langsung, dipendekkan cerita inilah pengalaman pertama tido di trek dalam keadaan basah, sejuk, lembap,lapar. Suasana malam tu di trek agak mencabar ,berbagai gangguan cubaan kami terima.

Hari semakin terang, hujan pun dah berhenti, cepat cepat kami naik menuju ke Kem Permatang Angin.Fuhh tak sangka jadi begini, rupanya kami tido di kawasan permatang..

Hari Ketiga,

0800 am : Akhirnya sampai juga di Kem Permatang angin, lega rasanya dapat melihat kumpulan yang lagi satu, lapar, penat kami cukup terubat, wauu nasi goreng ayam..nasi lemak..fuhh.

Sambung tido..

1200 pm : siap siap bertolak daypack ke Puncak Gunung Benum.

Perjalanan santai 3 jam ke puncak melalui kem helipad, dan suasana sejuk, berlumut, sepanjang perjalanan ke puncak, korang akan lihat banyak tumbuhan periuk kera sebesar lengan, dan lumut yang fresh.

Semakin dekat dengan puncak semakin lembap keadaan dia, mcm menuju seakan akan puncak gunung liang.

Kalau mendaki dari Lata Berembun korang akan jumpa junction di bawah.

1400 pm : Berjaya menawan Puncak Gunung Benum yahooo..Apa lagi bergamba sakan la masing masing ,hilang habis penat haha..

Hari Keempat,

0700 am : awal aku terjaga hari ni akibat penat semalam masih belum habis. Teriakan suara kawan kawan..Oh ya lupa..misi sunrise hari ni, cuaca pagi tu mendung, matahari segan segan nak muncul. Ada juga beberapa keping gambar sempat kami tangkap buat kenangan.

img-20151015-wa0025

fb_img_1445232976587.jpgfb_img_1445232951330.jpgimg-20151016-wa0107.jpgimg-20151016-wa0023.jpgimg-20151015-wa0162.jpg

JpegJpegJpegJpegJpegJpegJpegJpegJpegJpegJpegimg-20151015-wa0146img-20151015-wa0140img-20151015-wa0138img-20151015-wa0031

1000 am : Siap – siap packing barang dan angkat sauh, kali ni kami perlu ke Kem Sg Besar untuk bermalam, perjalanan hari ni juga agak jauh kerana sg besar terletak betul betul di bawah, bayangkanlah dah tinggi tinggi camni nak turun hahah..HADAP & PEWAI.

1400 pm : Berehat makan di trek, menu kali ni nasi goreng gaul saja, haha..dan ada sikit kopi panas, perjalanan masih panjang detik ku, pada hari ni masing masing dah mula rasa nak cramp ( kekejangan otot ).

fb_img_1445232971967.jpgimg-20151016-wa0048.jpg

2230 pm : Sekali lagi kami diuji kali ni trek semua telah ditutup oleh kayu balak dan pokok pokok yang tumbang. Fuhh..stranded lagi bisikku, rupanya sungai besar di hadapan saja, kami perlu cari alternatif lain untuk sampai ke seberang. Hampir bertungkus lumus akhirnya berjaya juga kami melintas dan bermalam di Kem  Sg Besar.

Hari Kelima,

img-20151015-wa0170.jpg

img-20151015-wa0022img-20151015-wa0125img-20151015-wa0126

0900 am : Selesai sarapan pagi , angkat sauh menuju ke Pos Perluk yeayyy nak balik dah..hari last ni. Perjalanan menuju ke Pos perluk akan menurun sedikit dan melalui kawasan Gunung Cermin.

img-20151016-wa0029.jpg

 

img-20151016-wa0027img-20151016-wa0030

Selepas melalui kawasan Gunung Cermin, jalan dah mula landai dan panjang, masing masing pasang turbo, laju kemain sehinggalah kami sampai di sebuah sg besar lagi.

img-20151015-wa0127.jpgimg-20151015-wa0130.jpgimg-20151015-wa0183.jpgimg-20151015-wa0184.jpg

Kali ni tiada jalan lain untuk seberang hanya menggunakan sebatang kayu balak, pendaki haus menggunakan keseimbangan lintas balak ni, kalau jatuh hanyut beb,,arus deras siut..Waduh..ketar abis lutut, lawak pun ada sebab macam macam skill dorang lintas hahaha.

1300 pm : Berehat dan makan tengah hari , megi cukup kali ni, makan sepuas puasnya.

1630 pm : Penantian jumpa tamadun berakhir jam ini. Setel sudah pendakian yang mencabar ini. Banyak pengalaman yang aku dapat haha..Selamat tiba di Pos Perluk, keluar keluar je jalan raya, masyarakat kampung pandang pelik jer..haha..

img-20151015-wa0012img-20151015-wa0010JpegJpeg

 

 

Gunung Nuang

Hi.Gunung Nuang terletak di Hulu Langat , dekat dengan Kajang dan Cheras.

Semalam ahad, untuk pembukaan tahun 2017, aku memilih untuk mendaki Gunung Nuang.

Gunung Nuang ni dekat jer dengan rumah aku dalam 45minit.

Sebelum perjalanan diteruskan menuju ke Hutan Lipur Gunung Nuang,Pangsun.

Aku dan kawan kawan sempat pekena roti canai atau nasi lemak untuk alas perut yang mula keroncong ni.

Pekan Batu 14, kat sini ada balai polis, kedai kedai makan, kedai minum dan merupakan tempat akhir untuk membeli keperluan.


Pendek kata lepas makan perjalanan kami diteruskan , dari situ utk ke Hutan Lipur Nuang perjalanan sejauh 9 km sahaja.

Sampai sahaja di parking , lepas siap siap ,korang kene daftar permit RM 1.00 bagus nuang ni, dari aku mula naik tahun 2009. Sama je, segar hijau, fresh air.

Pendaki tempatan pun masih banyak.

Perjalanan kami bermula pada jam 0900 pagi..Melayan trek simen sehingga trek balak cukup pewai buat kami.

1030 pagi tiba di Kem Lolo ,kat sini Kem tempat orang pacak khemah, pacak fly sebelum naik ke Puncak. Jika buat 2 Hari 1 malam.

Sampai Lolo kami singgah kejab untuk minum dan isi tenaga sebelum perjalanan yang agak tough, trek mencanak yakni menuju ke Kem Pacat.

Dari Kem Lolo ke Kem Pacat, pendakian mengambil masa selama 1 jam setengah ke 2 jam sahaja.

Pada hari tu ,kami berjaya sampai ke Kem Pacat dengan mengambila masa 1 jam 20 minit.

Sampai di Kem Pacat pada jam 12.00 singgah makan kejab heee isi balik tenaga ..Jauh whoaa kem pacat ni..memang mcm pacat dibuatnya.

Pada jam 1.00 pendakian di teruskan menuju ke Puncak Pengasih – Sempadan 3 Negeri ( Selangor, Negeri Sembilan, Pahang )

Jam menunjukkan 2.30 pm akhirnya dah nampak dah Signboard Pengasih..Fuhhhh pewai bersepah teriak ku..hahaha..

Dari sini ke Puncak Nuang perjalanan menurun sedikit dan kembali memacak dan pada jam 3.00 Petang sampai juga kami di Puncak.

Sambutan sampai ke puncak disambut dengan hujan yang seperti ais. Sejukk..

Kami turun semula pada jam 4.30 petang dan kembali di parking kereta pada jam 7.00 malam.

Alhamdulillah selesai lanyak diri..hahaha..

Gunung Pulut 

Hujan renyai renyai, aku masih ingat lagi pada hari itu..Penat badan pulang dari kampung belum lagi pulih sepenuhnya.

Semoga dipermudahkan bisikku di dalam doa solat magrib.

musim bas ekspres, kereta, mengalami kecelakaan jalan raya whoah ~ Risau kiter..

Malam Hari Natal, Kesemua pendaki diminta berkumpul di LRT Gombak.

Tepat jam 11.00 malam bas seramai 28 orang bertolak ke Gerik, Perak.

powil amek di masjid jam 0400

Rokok sebatang dah habis, selepas penerangan ,doa, pendakian bermula jam 0530 am.

Dari Kl dalam 28 orang selebihnya dari Perak dan Penang dalam 40 camtu. Ramai whoah~

Trek pendakian ke puncak ,kami disajikan trek gajah, banyak jumpa najis gajah,tapak gajah sepanjang perjalanan.

Melalui anak sungai yang pertama dan terakhir, tak digalakkan minum, digalakkan bawak sendiri air dari rumah.

Setelah puas memaksa diri, dalam kegayatan mendaki, akhirnya tepat jam 0710 Berjaya menawan puncak pertama Gunung Pulut.

Misi mencari signboard diteruskan, kali ni perjalanan tak lama, masa diambil dalam 15 ,minit sahaja.

Sampailah di Puncak tertinggi 651 metre.

Good job ,I love u full..

Dah pandai naik pandai la turun.

Tepat jam 0930 am , semua pendaki mula turun.

Perjalanan turun tidaklah mengambil masa yang lama.

Pada jam 10.30 sampai di bawah dah sweeper orang akhir dalam jam 11.00 pagi.

Gunung Mat Cincang, Langkawi

Gunung Mat Cincang mempunyai ketinggian 2,339 kaki atau 713 meter dari paras laut. Ianya merupakan banjaran gunung yang bersebelahan dengan puncak kereta kabel Langkawi. ~ Ayat kopipes sangat!! hahaha

Untuk program pada kali ini seramai 10 orang pendaki  dan kami dibantu oleh 2 orang pegawai JPAM Langkawi, dorang lah yang guide kitorang whoah ~

Selesai  30 minit kami dibelanjakan 1 km = 638 anak tangga , anak tangga kecik siut mcm tangga kenari huhuh sehingga ke air terjun Telaga Tujuh.


Menurut legenda, tersebutlah cerita dewi-dewi yang gemar turun mandi-manda di Telaga Tujuh pada awal-awal pagi sebelum Suboh.

Cross the river!! Dude and go back to the trail ~ adeh cakap omputih pulak.. Dari permulaan trek Telaga Tujuh, 15 Minit pendakian akan tiba di Kem Saintis. Kat sini kawasan water point, air sungai segar segar beb!

Sekotak rokok pun tak habis akhirnya tiba di Kem Mat Pauh. Tapi kami gagal menemukan papan tanda. Kene sorok jin agaknya..Alahai ~

Trek pendakian mula sedikit meninggi. Terdapat anak tangga dan jambatan yang dibina disepanjang trek bagi memudahkan pendaki. 30 minit pendakian, pendakian akan berjumpa pula  Tok Ayah. HAHAHA Kem Tok Ayah.

Angkat sauh ~ pendakian di teruskan ke ke Puncak Telaga Tujuh. Trek pendakian mula mencanak Dalam masa 45 minit sampai sudah ke sini..Masa ni dah PEWAI .

trek pendakian mula meninggi dan mencanak hingga mencapai 70 hingga 80 darjah. sepanjang trek terdapat batu yang basah dan licin.

Bersumpah seranah , caci makian, menyesal tidak berguna lagi akhirnya 1 Jam setengah tiba puncak Gunung Mat Cincang pada jam 1.00 petang iaitu kira-kira 3 jam setengah pendakian.

Gunung Kenderung Kerunai Part 2

Ini part sambungan dari hari pertama.

0200 am : Chef dapo dah memekak suruh bangun ..pagi lagi bai..hahaha..

0300 am : Briefing dan doa ringkas

0330 am : Perjalanan dimulakan dari kem site menuju ke Puncak Kenderung.

0600 am : Dengan pace sweeper akhirnya tiba di Kem Solar ( kat sini sunrise dan awan karpet ) dan cukup teruja dan memuaskan.

0700 am : Akhirnya setelah berhempas pulas berjaya menawan puncak Gunung Kenderung. Waaaaaaa berbaloi baloi..

Dah pandai naik kene la pandai turun, perjalanan turun amek kawww gayat tahap maksima 90 darjah kot..adeh..kecut kawan kawan aku..hahaha..

0830 am : Perjalanan turun

1030 am : sampai di kem site

1100 am : Lunch

1200 pm : Kemas kemas tunggu powil amek di Starting point..

1400 pm : Bersurai dan siap mandi ke masjid utk pulang membawa 1001 kegembiraan.